Thursday, December 31, 2009

Dunia ini Penjara Org Islam...???

Dunia ini Penjara Org Islam?

Tentu ramai org bukan islam tak setuju dengan kenyataan bahawa ‘dunia ini adalah penjara org islam, dan syurga org kafir’
Jangan bimbang, masalah ni pernah berlaku kat tanah hijaz sana tu, dulu-dulu…
Begini kisahnya…

Satu hari seorang pengemis yg bukan islam telah menghalang laluan seorang Raja Islam yang sedang naik kuda disertai bala tentera yang hebat2. Bila di tanya Raja kenapa duduk tengah jalan ni? Maka kata pengemis itu:
“datuk kamu seorang pendusta!”
“mustahil datuk(Nabi Muhammad) saya seorang pendusta”Sanggah Raja yang selaku cucu Nabi.
Jawab pengemis:
“Datuk kamu bilang, dunia ni syurga org kapir, dan penjara org islam, tapi aku tengok tuanku sekarang menjadi raja di ‘penjara’ mu, sedangkan aku hanya menjadi pengemis di ‘syurga’ ku…”
Maka terang Raja panjang lebar (lebih kurang):
“Jika nak di bandingkan kehidupan aku sebagai raja org islam dengan kehidupan seorang ahli syurga, dan jika ahli syurga di beri peluang hidup di dunia sebagai raja seperti aku, maka pasti ahli syurga itu merasa kehidupan ini seolah-olah dalam penjara…tak bebas, penuh dengan undang2. tak boleh minum arak(dalam syurga boleh minum arak)tapi sekiranya seorang ahli neraka di beri kehidupan mengemis sepertimu, maka ahli neraka akan menganggap kehidupannya bagaikan syurga jika nak di bandingkan dengan kehidupan dalam api neraka dulu….”
(habis)

Wahai org islam, jika macamana senangpun hidup korang di dunia ini, jika korang tahu hakikat syurga, sebenarnya korang tinggal dalam ‘penjara dunia’….tapi untung gak sebab dalam penjara ini korang masih boleh kahwin, makan yg best2(yang halal sajelah) Cuma korang kena tinggal segala larangan Allah seperti minum arak, zina dan lain-lain…(yang haram)

Dan kamu wahai org bukan islam, macamana susahpun hidup korang di dunia ini, jika korang tahu hakikat neraka, korang sekarang sebenarnya hidup dalam ‘syurga dunia’, korang bebas di sini, nak minum arak, nak zina (bukan semua ugama yang menghalalkan perkara ini, ini hanya contoh)

“MENANGISLAH KAMU WAHAI MATA, SESUNGGUHNYA API NERAKA DI HARAMKAN BAGI MEREKA YANG PERNAH MENANGIS KERANA TAKUTKAN AZAB ALLAH”

Aku kata:korang nak tahu tak sesungguhnya kalau korang pergi kat penjara pudu ke, penjara marang ke korang boleh nampak ada beberapa ciri@sifat org yg duduk dalam penjara yg boleh kita jadikan pedoman dan tamsilan…

Sifat –sifat org dalam Penjara:

1. Mereka yakin dengan rezeki.

-kalau korang tengok polis tangkap org jahat(mereka berdosa kerana mereka berpeluang-jangan hina mereka), korang tengok mereka menangis, mereka menangis bukan bimbang pasal rezeki, mereka menangis sebab sedih tinggal dalam penjara. Cuba korang tanya banduan “eh, korang nak makan apa dalam penjara nanti” dia akan marah kat korang balik, jawab si banduan: ”polis tangkap aku, dialah kena sediakan makanan aku”, pendek kata tak pernahlah dalam sejarah mana2 banduan mengeluh pasal rezeki.

Jadi aku nak kabor(info) kat korang, bila Allah hantar kita kat ‘penjara dunia’ ini maka korang pun kena lah yakin yang Allah telah sediakan rezeki korang semua! Jangan nak risau-risau, Allah yang hantar kita, Maka Allah jugalah yg sediakan rezeki kita..kena yakin…ingat dunia ni penjara org islam….

2. Mereka ada uniform:

-org dalam penjara seluruh dunia ada uniform, mereka tak boleh suka2nak pakai baju melayuke, Kain pelekat India ke, jubah kungfu china ke, tak boleh!, mereka kena pakai pakaian yang telah ditetapkan oleh warden penjara…he he he, jadi korang org islam tak boleh pakai macam org kapir pakai, sebab tu ada larangan dalam islam “sesiapa yg menyerupai sesuatu kaum, maka akan bersama kaum itu kelak di akhirat ” tak semestinya korang kena berjubah, berserban sepanjang masa, ikut kemampuan korang, (tapi bagus dapat istiqamah berserban,berjubah) yg penting tak menyerupai org kapir, pakai baju melayu

No comments:

Post a Comment