Thursday, December 31, 2009

Buat yg bergelar muslimah...

Buat yg bergelar muslimah..

Gadisku,
sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,
tercipta dari tulang rusuk Adam a.s
yang bengkok menghiasi taman-taman
indah lantas menjadi perhatian sang
kumbang. Kau umpama sekuntum bunga,
harum aromamu bias menarik sang
kumbang untuk mendekatimu. Namun tidak
semua bunga senang didekati sang
kumbang lantaran duri yang memagari
diri, umpama mawar merah, dari jauh
sudah terhidu keharumannya. Penahan
warnanya yang terselah indah
mengundang kekaguman kepada sang
kumbang berfikir beberapa kali untuk
mendekatinya.

Gadisku, Aku suka sekiranya kau
seperti mawar aspirasi setiap
mujahadah. Bentengilah kubu dirimu
dengan perasaan malu yg bertunjangkan
keimanan dan keindahan takwa kepada
Allah swt hiasilah wajahmu dengan
titisan wuduk. Ingatilah ciri-ciri
seorang wanita solehah ialah dia tidak
melihat lelaki dan lelaki tidak
melihat kepadannya. Sesuatu yg
tertutup itu lebih berharga jika
dibandingkan dengan sesuatu yg
terdedah, umpama sebutir permata yang
didedahkan untuk perhatian umum dengan
suatu permata yang diletakkan dalam
bekas tertutup. Sudah pasti keinginan
naluri lebih kuat untuk melihat
sesuatu yg tersembunyi, melebihi
sesuatu yg terdedah.

Gadisku, Wanita solehah yang patuh dan
taat kepada AL-Khaliq dalam melayari
liku-liku kehidupannya adalah harapan
setiap insan yang bernama Adam. Namun
segalanya memerlukan pengorbanan dan
mujahadah yang tinggi kerana
bertentangan dengan nafsu serakah yg
bersarang dalam dirimu. Lebih-lebih
lagi dengan title gadis yg engkau
miliki, sudah pasti darah mudamu
mencabar rasa keimanan yg ada. Namun
ingatlah gadisku, sesiapa yang
inginkan kebaikan, maka Allah akan
memudahkan jalan-jalan baginya ke arah
itu. Yang penting gadisku engkau
miliki azam, usaha dan istiqamah.

Gadisku, Akuilah dirimu menjadi fitnah
kepada kebanyakan lelaki. Seandainya
pakaian malumu kau tanggalkan dari
tubuhmu, maka sudah tidak ada perisai
yg dapat membetengimu. Sesungguhnya
Nabi ada mengatakan bahaya
dirimu "tidak ada suatu fitnah yang
lebih besar, yang lebih
bermaharajalela selepas wafatku
terhadap kaum lelaki selain fitnah yg
berpunca dari kaum wanita." Oleh itu
gadisku, setiap langkah dan tindakanmu
hendaklah berpaksikan Al-Quran dan As-
Sunah. Jgn biarkan sekali sesiapa
mengeksploitasikan dirimu untuk
kepentingan tertentu. Sesungguhnya
Allah Ta'ala telah mengangkat
martabatmu setaraf kaum Adam. Kau
harapan ummah dalam melahirkan para
mujahid dan mujahidah yg bakal
menggocang dunia dgn sentuhan lembut
tanganmu. Gadisku, Dalam hidupmu
engkau ingin menyayangi dan disayangi.
Itulah fitrah semulajadi setiap insan,
namun ramai antara kaummu yang tewas
kerana cinta. Bercinta tidak salah,
tetapi memuja cinta itu salah. Ini
adalah kerana, kerana cinta manusia
sanggup menjual agama dan kerana cinta
maruah tergadai. Gejala murtad serta
keruntuhan moral muda-mudi sebahagian
besarnya kerana cinta. Benarlah sabda
Rasulullah membawa
maksud, "Sesungguhnya cinta itu buta."

Gadisku,


Cinta itu mampu membutakan mata dan
hatimu dalam membezakan perkara yg hak
dan batil, jika engkau meletakkan
cinta itu atas dasar nafsu semata-mata
dan bukan kerana Allah swt. Sebelum
engkau mendekati cinta, cintailah
dirimu terlebih dahulu. Cintailah
dirimu yg unik itu dengan mengkaji
hakikat kejadianmu yg begitu simbolik.
Asal kejadian dari setittis air yang
tidak berharga, lalu mengalami proses
pembentukkan yg sempurna hasil rencana
ALLAH swt. Semoga perasaan sebegitu
dapat melahirkan rasa keagungan dan
kehebatan terhadap Allah dan dgn itu
akan timbul cinta dan kasihmu terhadap
penciptamu.

Gadisku, Menyintai Allah swt dan
Rasulullah saw melebihi cinta terhadap
makhluk adalah cinta yang hakiki dan
abadi.

No comments:

Post a Comment