Thursday, December 31, 2009

al-Fatihah


Assalamualaikumwarahamatullahiwabarakatuh...

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila
cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan
ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama
syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang
wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.
Nama syaitan;

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

6. Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari' Dalam

ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami
sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!! (nauzubillah)

7. SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
8. AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul
iaitu AA......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan
dengan Amin malaikat ..... Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa
membaiki bacaannya.

Perhatian;
Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya,
Insya-Allah.
p/s: Oleh sebab itu marilah kita sama memperbetulkan makhraj dan menggunakan
kaedah pembacaan alquran yang betul (tartil)....bukan sahaja utk membaca
Surah Al-Fatihah...tapi utk membaca Al Quran
Wassalam.

No comments:

Post a Comment