Thursday, December 31, 2009

Dakwah Pemerintah

Amar Ma’ruf Nahi Munkar Kpd Pemerintah
Amar Ma’ruf Nahi Munkar Kepada Penguasa Tingkat-tingkat yang terdapat dalam amar ma’ruf adalah:
1. “tingkat_pertama” Ta’arruf (Pengenalan)
2. “tingkat_kedua” Ta ‘rif (Pemberitahuan
3. “tingkat_ketiga”Larangan dengan pengajaran/nasehat dengan perkataan yang lemah lembut
4. “tingkat_keempat”Memaki dan menggertak dengan kata-kata keras (bukan keji) dan kasar
5.”tingkat_kelima”Merubah dengan tangan (melarang perbuatan munkar dengan paksaan secara langsung,seperti memecahkan alat permainan, membuang khamar, melepaskan kain sutra dari pemiliknya, dan sebagainya)
6.”tingkat_keenam Pengancaman dan penakutan ( Tahdid dan takhwif)
7.”tingkat_ketujuh”Langsung memukul dengan tangan, kaki dan lainnya, dengan tidak menggunakan senjata
8. tingkat_kedelapan”Menggunakan senjata atau teman-teman (pembantu-pembantu) yang memakai senjata
“tingkat_kedelapan”Yang boleh dari jumlah itu terhadap penguasa adalah ta’rif dan pengajaran. Adapun melarang dengan kekerasan maka tidaklah yang demikian bagi perseorangan-perseorangan rakyat terhadap penguasa.
Karena yang demikian adalah menggerakkan fitnah dan membangkitkan kejahatan. Dan hal yang akan terjadi daripadanya adalah lebih banyak. Adapun kata-kata kasar seperti dikatakan,”Hai orang dzalim, hai orang yang tidak takutkan Allah” dan semacamnya, maka yang seperti itu kalau menggerakkan fitnah yang kejahatannya melampaui kepada orang lain, tidak boleh. Kalau tidak ditakutinya kecuali atas dirinya maka boleh, bahkan disunatkan.
Sesungguhnya telah menjadi adat kebiasaan salaf (ulama terdahulu) tampil menghadang bahaya dan berterus terang menantangnya, tanpa memperdulikan kebinasaan jiwa dan mendatangi berbagai macam azab kesengsaraan.
Karena mereka tahu bahwa yang demikian itu mati syahid. Rasulullah SAW bersabda,”Orang syahid yang terbaik adalah Hamzah bin Abdul Muthalib.
Kemudian orang yang bangun mendatangi imam (penguasa) dan menyuruhnya yang baik dan melarangnya yang buruk pada jalan Allah Ta’ala.
Lalu imam itu membunuhnya diatas yang demikian”. (Al-Hakim dari Jabir dan katanya shahih isnad).
Para ulama-ulama dahulu bertawakal kepada Allah bahwa Ia menjagai mereka. Dan mereka rela dengan hukum Allah Ta’ala bahwa Allah Ta’ala menganugerahkan pahala syahid kepada mereka. Tatkala mereka telah mengikhlaskan niat karena Allah niscaya membekaslah perkataan mereka pada hati yang kesat. Lalu dilunakkan dan dihilangkan kekesatannya itu. Adapun sekarang, maka sifat kerakusan telah mengikat lidah ulama-ulama.
Lalu mereka berdiam diri. Dan jikalau mereka itu berkata-kata, niscaya tidak menolong perkataan mereka akan keadaan mereka. Maka mereka tidak memperoleh kemenangan.
Jikalau mereka itu benar dan bermaksud kebenaran ilmu, niscaya mereka akan memperoleh kemenangan. “Maka rusaknya rakyat, disebabkan rusaknya raja-raja (penguasa).
Dan rusaknya penguasa disebabkan rusaknya ulama-ulama. Dan rusaknya ulama-ulama disebabkan karena pengaruh kecintaan kepada harta dan kemegahan.
Barang siapa telah dikuasai oleh kecintaan dunia, niscaya ia tidak sanggup melaksanakan al-hisbah atas orang-orang rendah. Maka bagaimana mungkin itu dilakukan atas raja-raja dan orang-orang besar.”

Asal-usul Jemaah Tabligh

Selama ini banyak keraguaan dalam hati kecil ini dan pasti semua orang mengenai salasiah kerja Nabi. Na'uzubillah. Apatah lagi apabila manusia mencemuh mereka yg melakukan kerja yang mulia ini. Selepas mendengar satu bayan yang amat terkesan daripada Maulana Johari daripada Jerantut terus hati ku bertambah kuat keyakinan terhadap usaha ini.

Wahai manusia yang masih meragui usaha ini, dengar lah bahawa ini adalah usaha yang haq. Usaha yang benar yang juga merupakan hadiah terbesar untuk Ummat Rasulullah s.a.w. Mana ada lagi usaha yang salasiahnya sampai terus kepada Baginda?? Kalau ada tolong tunjukkan. Ye, ada beberapa Tariqat yang terus kepada Rasulullah. Tapi itu bukan maksud utama untuk ummat ini diutuskan sehingga Allah letakkan Ummat ni pada satu kedudukan yang tertinggi berbanding kaum2 yang terdahulu.

Orang cakap Jemaah itu, jemaah ini.. Tapi dari mana salasiahnya? Lain dan tak bukan itu hanya dari mereka2 yang terkemudian. Selalu aku beritahu mengenai satu petikan kata2 Maulana Ilyas rah bahawa "Usaha yang aku buat ini bukan usaha yang dibuat sekarang. Andai aku lakukan usaha yang ada sekarang maka aku bukan kedepan, malah aku ketinggalan sejauh 1400 tahun. Inilah ketinggian fikir seorang penyambung Usaha yang mulia. Kemana pula kefahaman kita sekarang?? Jadi sebagai satu pengetahuan kepada semua, di bawah ada salasiah Kerja Dakwah dan Tabligh ini (Bukan ada nama pun pada jemaah ini sebenarnya. Tapi ikutkan nama yang telah diberikan oleh mereka2 yang tertentu)

Rasulullah s.a.w bersabda pada hari perhimpunan Haji Wida', 9 Zulhijjah tahun 9 Hijrah, hari jumaat, lepas asar "Sampaikan dari ku walau satu ayat.."
|
Abdullah bin 'Umar bin al-As R.hu
|
Abu Qasiyyah rah.
|
Hassan bin Autiyyah rah.
|
Auza'i rah.
|
Zahhak bin Makhlash
|
Amirul Mukminin Fi Hadith wa Imamul Muhadithin, Mohammad bin Isamail bin Al-Barzabah Al-Bukhari
|
Mohammad bin Yusof Al-Qarbawi
|
Mohammad bin Ahmad At-Tarukhi
|
Mohammad Abdullah Mohammad bin Muzaffar Al-Ra'udi
|
Abdul Awwal Abdul Rahman bin Isa al-Harawi
|
Abu Hussain bin Mubarak Al-jabiili
|
Mohammad bin Ibrahim At-Tanukhi
|
Ahmad bin Ali bin Ahmad bin Hajar Al-Ashtolani Al-Khinani
|
Zainul Abidin Mohammad bin Zakariyya Al-Ansari
|
Syamsuddin Mohammad bin Ahmad Ar-Romawi
|
Mohammad bin Ahmad bin Quddus
|
Ahmad Al-Qusyayi
|
Ibrahim Al-Qurdi
|
Abu Tahir bin Ibrahim Al-Qurdi
|
Maulana Mohammad bin Abdul Rahim, Syah Waliyullah Muhadithin Al-Dehlawi
|
Maulana Abdul Aziz Al-Dehlawi
|
Maulana Muhammad Bin Ishaq Al=Dehlawi
|
Maulana Mohammad bin Ali Al-Dehlawi
|
Maulana Abdul Ghani Al-Dehlawi
|
Maulana Rasyid Ahmad Gangohi
|
Maulana Mohammad Ilyas bin Ismail Al-Kandahlawi
|
Maulana Mohammad Yusof bin Ilyas Al-Kandahlawi
|
Maulana 'Inamul Hassan Al-Kandahlawi
|
Maulana Saad dan Maulana Zubir

Wallahu'alam....
Seorang islam yang sebenar tidak sepatutnya tunggu sebarang bukti untuk beriman dan beramal. Apa yang dbawa oleh Rasulullah sepatutnya diikuti tanpa apa2 bukti lagi. Katakan lah "aku beriman dan Allah dan RasulNya tanpa bukti dan dalil"....

Buat yg bergelar muslimah...

Buat yg bergelar muslimah..

Gadisku,
sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,
tercipta dari tulang rusuk Adam a.s
yang bengkok menghiasi taman-taman
indah lantas menjadi perhatian sang
kumbang. Kau umpama sekuntum bunga,
harum aromamu bias menarik sang
kumbang untuk mendekatimu. Namun tidak
semua bunga senang didekati sang
kumbang lantaran duri yang memagari
diri, umpama mawar merah, dari jauh
sudah terhidu keharumannya. Penahan
warnanya yang terselah indah
mengundang kekaguman kepada sang
kumbang berfikir beberapa kali untuk
mendekatinya.

Gadisku, Aku suka sekiranya kau
seperti mawar aspirasi setiap
mujahadah. Bentengilah kubu dirimu
dengan perasaan malu yg bertunjangkan
keimanan dan keindahan takwa kepada
Allah swt hiasilah wajahmu dengan
titisan wuduk. Ingatilah ciri-ciri
seorang wanita solehah ialah dia tidak
melihat lelaki dan lelaki tidak
melihat kepadannya. Sesuatu yg
tertutup itu lebih berharga jika
dibandingkan dengan sesuatu yg
terdedah, umpama sebutir permata yang
didedahkan untuk perhatian umum dengan
suatu permata yang diletakkan dalam
bekas tertutup. Sudah pasti keinginan
naluri lebih kuat untuk melihat
sesuatu yg tersembunyi, melebihi
sesuatu yg terdedah.

Gadisku, Wanita solehah yang patuh dan
taat kepada AL-Khaliq dalam melayari
liku-liku kehidupannya adalah harapan
setiap insan yang bernama Adam. Namun
segalanya memerlukan pengorbanan dan
mujahadah yang tinggi kerana
bertentangan dengan nafsu serakah yg
bersarang dalam dirimu. Lebih-lebih
lagi dengan title gadis yg engkau
miliki, sudah pasti darah mudamu
mencabar rasa keimanan yg ada. Namun
ingatlah gadisku, sesiapa yang
inginkan kebaikan, maka Allah akan
memudahkan jalan-jalan baginya ke arah
itu. Yang penting gadisku engkau
miliki azam, usaha dan istiqamah.

Gadisku, Akuilah dirimu menjadi fitnah
kepada kebanyakan lelaki. Seandainya
pakaian malumu kau tanggalkan dari
tubuhmu, maka sudah tidak ada perisai
yg dapat membetengimu. Sesungguhnya
Nabi ada mengatakan bahaya
dirimu "tidak ada suatu fitnah yang
lebih besar, yang lebih
bermaharajalela selepas wafatku
terhadap kaum lelaki selain fitnah yg
berpunca dari kaum wanita." Oleh itu
gadisku, setiap langkah dan tindakanmu
hendaklah berpaksikan Al-Quran dan As-
Sunah. Jgn biarkan sekali sesiapa
mengeksploitasikan dirimu untuk
kepentingan tertentu. Sesungguhnya
Allah Ta'ala telah mengangkat
martabatmu setaraf kaum Adam. Kau
harapan ummah dalam melahirkan para
mujahid dan mujahidah yg bakal
menggocang dunia dgn sentuhan lembut
tanganmu. Gadisku, Dalam hidupmu
engkau ingin menyayangi dan disayangi.
Itulah fitrah semulajadi setiap insan,
namun ramai antara kaummu yang tewas
kerana cinta. Bercinta tidak salah,
tetapi memuja cinta itu salah. Ini
adalah kerana, kerana cinta manusia
sanggup menjual agama dan kerana cinta
maruah tergadai. Gejala murtad serta
keruntuhan moral muda-mudi sebahagian
besarnya kerana cinta. Benarlah sabda
Rasulullah membawa
maksud, "Sesungguhnya cinta itu buta."

Gadisku,


Cinta itu mampu membutakan mata dan
hatimu dalam membezakan perkara yg hak
dan batil, jika engkau meletakkan
cinta itu atas dasar nafsu semata-mata
dan bukan kerana Allah swt. Sebelum
engkau mendekati cinta, cintailah
dirimu terlebih dahulu. Cintailah
dirimu yg unik itu dengan mengkaji
hakikat kejadianmu yg begitu simbolik.
Asal kejadian dari setittis air yang
tidak berharga, lalu mengalami proses
pembentukkan yg sempurna hasil rencana
ALLAH swt. Semoga perasaan sebegitu
dapat melahirkan rasa keagungan dan
kehebatan terhadap Allah dan dgn itu
akan timbul cinta dan kasihmu terhadap
penciptamu.

Gadisku, Menyintai Allah swt dan
Rasulullah saw melebihi cinta terhadap
makhluk adalah cinta yang hakiki dan
abadi.

Dunia ini Penjara Org Islam...???

Dunia ini Penjara Org Islam?

Tentu ramai org bukan islam tak setuju dengan kenyataan bahawa ‘dunia ini adalah penjara org islam, dan syurga org kafir’
Jangan bimbang, masalah ni pernah berlaku kat tanah hijaz sana tu, dulu-dulu…
Begini kisahnya…

Satu hari seorang pengemis yg bukan islam telah menghalang laluan seorang Raja Islam yang sedang naik kuda disertai bala tentera yang hebat2. Bila di tanya Raja kenapa duduk tengah jalan ni? Maka kata pengemis itu:
“datuk kamu seorang pendusta!”
“mustahil datuk(Nabi Muhammad) saya seorang pendusta”Sanggah Raja yang selaku cucu Nabi.
Jawab pengemis:
“Datuk kamu bilang, dunia ni syurga org kapir, dan penjara org islam, tapi aku tengok tuanku sekarang menjadi raja di ‘penjara’ mu, sedangkan aku hanya menjadi pengemis di ‘syurga’ ku…”
Maka terang Raja panjang lebar (lebih kurang):
“Jika nak di bandingkan kehidupan aku sebagai raja org islam dengan kehidupan seorang ahli syurga, dan jika ahli syurga di beri peluang hidup di dunia sebagai raja seperti aku, maka pasti ahli syurga itu merasa kehidupan ini seolah-olah dalam penjara…tak bebas, penuh dengan undang2. tak boleh minum arak(dalam syurga boleh minum arak)tapi sekiranya seorang ahli neraka di beri kehidupan mengemis sepertimu, maka ahli neraka akan menganggap kehidupannya bagaikan syurga jika nak di bandingkan dengan kehidupan dalam api neraka dulu….”
(habis)

Wahai org islam, jika macamana senangpun hidup korang di dunia ini, jika korang tahu hakikat syurga, sebenarnya korang tinggal dalam ‘penjara dunia’….tapi untung gak sebab dalam penjara ini korang masih boleh kahwin, makan yg best2(yang halal sajelah) Cuma korang kena tinggal segala larangan Allah seperti minum arak, zina dan lain-lain…(yang haram)

Dan kamu wahai org bukan islam, macamana susahpun hidup korang di dunia ini, jika korang tahu hakikat neraka, korang sekarang sebenarnya hidup dalam ‘syurga dunia’, korang bebas di sini, nak minum arak, nak zina (bukan semua ugama yang menghalalkan perkara ini, ini hanya contoh)

“MENANGISLAH KAMU WAHAI MATA, SESUNGGUHNYA API NERAKA DI HARAMKAN BAGI MEREKA YANG PERNAH MENANGIS KERANA TAKUTKAN AZAB ALLAH”

Aku kata:korang nak tahu tak sesungguhnya kalau korang pergi kat penjara pudu ke, penjara marang ke korang boleh nampak ada beberapa ciri@sifat org yg duduk dalam penjara yg boleh kita jadikan pedoman dan tamsilan…

Sifat –sifat org dalam Penjara:

1. Mereka yakin dengan rezeki.

-kalau korang tengok polis tangkap org jahat(mereka berdosa kerana mereka berpeluang-jangan hina mereka), korang tengok mereka menangis, mereka menangis bukan bimbang pasal rezeki, mereka menangis sebab sedih tinggal dalam penjara. Cuba korang tanya banduan “eh, korang nak makan apa dalam penjara nanti” dia akan marah kat korang balik, jawab si banduan: ”polis tangkap aku, dialah kena sediakan makanan aku”, pendek kata tak pernahlah dalam sejarah mana2 banduan mengeluh pasal rezeki.

Jadi aku nak kabor(info) kat korang, bila Allah hantar kita kat ‘penjara dunia’ ini maka korang pun kena lah yakin yang Allah telah sediakan rezeki korang semua! Jangan nak risau-risau, Allah yang hantar kita, Maka Allah jugalah yg sediakan rezeki kita..kena yakin…ingat dunia ni penjara org islam….

2. Mereka ada uniform:

-org dalam penjara seluruh dunia ada uniform, mereka tak boleh suka2nak pakai baju melayuke, Kain pelekat India ke, jubah kungfu china ke, tak boleh!, mereka kena pakai pakaian yang telah ditetapkan oleh warden penjara…he he he, jadi korang org islam tak boleh pakai macam org kapir pakai, sebab tu ada larangan dalam islam “sesiapa yg menyerupai sesuatu kaum, maka akan bersama kaum itu kelak di akhirat ” tak semestinya korang kena berjubah, berserban sepanjang masa, ikut kemampuan korang, (tapi bagus dapat istiqamah berserban,berjubah) yg penting tak menyerupai org kapir, pakai baju melayu

Ada Apa Dengan Solat...???

Ada Apa Dengan Solat?

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah s.w.t. (SEMBAHYANG LIMA WAKTU). Barangsiapa memperbuat sedemikian itu, mereka orang yang rugi.

[Surah Al-Munaafiquun 63:9]

Allah s.w.t. tidak akan memberi tempoh kepada seseorang bila telah sampai ajalnya. Allah s.w.t. Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.

[Surah Al-Munaafiquun 63:11]

PARA ULAMA’ BERPESAN UNTUK KITA JADIKAN PEGANGAN:

  • Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib, dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan! Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?
  • Barangsiapa meninggalkan solat Isyak, maka Allah s.w.t. tidak redha is hidup di bumiNya. Bermakna, setiap langkah kita ambil tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini dan lebih malang bila kita diazab di akhirat nanti.
  • Barangsiapa meninggalkan solat Subuh, ia akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka. Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah s.a.w. yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya. Selama ini, kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih sahaja..
  • Barangsiapa meninggalkan solat Zohor, ia diibaratkan seperti meruntuhkan Ka’abah. Kalau begitu, sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah..
  • Barangsiapa meninggalkan solat Asar, sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam. Di dunia ini bolehlah jadi sekutu Bush tak payahlah kita kutuk dia lagi di dunia ini. Kita dengan dia (Bush) sama saja. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata.

Rahsia Solat.

  • Niat sembahyang:-

Sebenarnya untuk memelihara taubat kita di dunia dan akhirat.

  • Berdiri tegak:-

Fadhilatnya, sesudahnya meninggal dapat meluaskan tempat kita dikubur.

  • Takbiratul Ihram:-

Fadhilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita didalam kubur.

  • Al-Fatihah:-

Sebagai pakaian yang indah-indah didalam kubur.

  • Ruku’:-

Sebagai tikar kita didalam kubur.

  • Iktidal:-

Akan memberi minuman air dari telaga Al-Kautsar ketika didalam kubur.

  • Sujud:-

Memagar kita ketika menyeberangi titian Sirotul Mustaqim.

  • Duduk antara dua sujud:-

Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.

  • Duduk antara dua sujud (akhir):-

Menjadi kenderaan ketika kita di Padang Masyar.

  • Tahiyat akhir:-

Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh Mungkar dan Nangkir didalam kubur.

  • Selawat Nabi:-

Sebagai pendinding api neraka didalam kubur.

  • Salam:-

Untuk memelihara kita di didalam kubur.

  • Tertib:-

AKAN PERTEMUAN KITA DENGAN ALLAH S.W.T.

PS. Insya’allah, dengan cara kita sembahyang seperti contohnya Rasulullah s.a.w., Allah s.w.t. akan memberikan berkahNya dan dilimpahi kurniaanNya.

Ma’assalamah. =)

al-Fatihah


Assalamualaikumwarahamatullahiwabarakatuh...

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila
cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan
ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama
syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang
wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.
Nama syaitan;

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

6. Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari' Dalam

ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami
sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!! (nauzubillah)

7. SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
8. AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul
iaitu AA......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan
dengan Amin malaikat ..... Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa
membaiki bacaannya.

Perhatian;
Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya,
Insya-Allah.
p/s: Oleh sebab itu marilah kita sama memperbetulkan makhraj dan menggunakan
kaedah pembacaan alquran yang betul (tartil)....bukan sahaja utk membaca
Surah Al-Fatihah...tapi utk membaca Al Quran
Wassalam.

nahmaduhuwanussali ala Muhammad

Bissmillahirahmanirahim...

alhamdulillah bersyukur kpd Allah taala atas semua nikmat2 yg telah dianugerahkan kpd kita semua. Tanpa izin dan kehendak Allah taala kita tidak mampu untuk berada di dunia ini. Berbanyak lg kita bersyukur kepada Allah taala kerana telah menjadikan kita seorang manusia di dunia ini. 18ribu mahkluk lain diciptakan oleh Allah taala semata2 untuk berkhidamat kepada manusia yg mana manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Kita sepatutnya berbangga kerana telah dipilih menjadi umat nabi Muhammad S.A.W yg mana umat pilihan yang mane nabi Musa alaihisalam sendiri meminta kepada Allah untuk dijadikan sebagai umat akhir zaman.