Monday, February 1, 2010

10 perbuatan sia2..

10 perbuatan sia2..

Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-

1. Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2. Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.

4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.

5. Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.

6. Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7. Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing- masing dan keluarganya.

8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

10 Penyakit Lidah patut diJAUHI - Imam Ghazali

10 Penyakit Lidah patut diJAUHI - Imam Ghazali

1. Cakap atau bicara yang tidak perlu.
2. Banyak berbual kosong.
3. Berbual cabul tentang kemaksiatan.
4. Bertengkar, bertegang-urat sehingga tidak mahu kalah.
5. Membantah kata orang lain/lawan dengan bernafsu.
6. Mengutuk dan melaknat orang.
7. Mengejek.
8. Berjanji palsu, tidak menepati janji.
9. Mengumpat, membicarakan aib atau kekurangan orang lain.
10. Mengadu domba, menyebarkan fitnah.
Sumber: “Wasiat Rasulullah s.a.w kepada Ali r.a.” oleh H.Abubakar Yaqub

"10 ORANG SOLATNYA TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T, ANTARANYA:

"10 ORANG SOLATNYA TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T, ANTARANYA:


1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata :
"Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

10 orang yang mayatnya tidak busuk &tidak reput..

10 orang yang mayatnya tidak busuk &tidak reput..

> > Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM,TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba- hamba Ku.
disebutkan oleh hadith
> > Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang
> > mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan
> > akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:
> 1. Para Nabi
> 2. Para Ahli Jihad
> 3. Para Alim Ulama
> 4. para Syuhada
> 5. Para Penghafal Al Quran
> 6. Imam atau Pemimpin yang Adil
> 7. Tukang Azan
> 8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
> 9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
> 10. Orang yang mati di
> > siang hari atau di malam Jumaat jika
> > mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

> Didalam satu riwayat
> > yang lain dari Jabir bin Abdullah ra
> > sabda Rasulullah saw: Apabila datang
> > hari qiamat dan orang orang yang berada
> > di dalam kubur dibangkitkan maka Allah
> > swt memberi wahyu kepada Malaikat
> > Ridhwan: Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku
> > telah mengeluarkan hanba-hamba Ku
> > berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka
> > di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka
> > ambillah dan berikan mereka segala
> > makanan yang digoreng dan buah buahan
> > syurga. Maka Malaikat Ridhwan menyeru,
> > wahai sekelian kawan-kawan dan semua
> > anak-anak yang belum baligh, lalu mereka
> > semua datang dengan membawa dulang dari
> > nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan
> > bersama dulang yang penuh dengan buahan
> > dan minuman yang lazat dari syurga
> > dengan sangat banyak melebihi daun-daun
> > kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan
> > berjumpa mukmin maka dia memberi makanan
> > itu kepada mereka sambil mengucap
> > sebagaimana yang difirman oleh Allah swt
> > di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
> > > > > > > > > > >
> > > > > > > > > > > "Makan dan minumlah
> > dengan sedap disebabkan AMAL yang telah
> > kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU
> > itu."
> > > > > > > > > > >
> > > > > > > > > > > * Tolong sebarkan
> > kisah ini kepada saudara Islam yang
> > lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah
> > satu amal yang berkekalan bagi orang
> > yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
> > > > > > > > > > >
> > > > > > > > > > > " Dan (ingatlah) Allah
> > sentiasa mengetahui dengan mendalam akan
> > apa jua yang kamu lakukan." Surah
> > Al-Baqarah : 237

10 peringatan bumi

10 peringatan bumi

Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.
Berkata Anas Bin Malik r. a;
Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.
2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.
3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.
4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.
5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.
6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku
7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.
8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.
9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

10 JENIS SIFAT ZALIM

10 JENIS SIFAT ZALIM

Ulama sufi Sufiyah Ath-Thani menyebut 10 jenis sifat zalim yang selalu melingkari hidup manusia. Berikut dicatatkan sifat zalim untuk renungan bersama. Dengan kekuatan jiwa insya-Allah kita akan dapat berusaha menghindarkannya daripada membenih di dalam diri.

Pertama, orang yang sampai atau singgah di sesuatu tempat pada Jumaat, dia sengaja mengelak diri dan tidak mahu menunaikan solat Jumaat, sedangkan orang ramai menunaikannya.

Kedua, orang yang melintasi kawasan perkuburan tetapi tidak mahu mengucapkan
'Assalamualaikum' kepada penghuni kubur.

Ketiga, orang yang masuk ke dalam masjid, tetapi keluar semula tanpa mengerjakan solat sunat Tahiyyatul Masjid sebanyak dua rakaat.

Keempat, orang yang tahu membaca al-Quran, tetapi tidak mahu membacanya sekurang-kurangnya satu ayat sehari. Tetapi jika seorang yang menunaikan solat lima waktu setiap hari, pasti dia akan membaca lebih daripada 100 ayat.

Kelima, orang yang berdoa untuk kebaikan diri sendiri dan tidak mendoakan kesejahteraan orang lain. Termasuklah seorang imam yang hanya mendoakan untuk dirinya saja, sedang makmum turut sama mengaminkan doa yang dibacanya.

Keenam, apabila seorang alim dan berilmu pengetahuan datang ke sesebuah tempat tidak ada yang datang untuk menuntut ilmu daripadanya, sedangkan dia dihantar ke tempat itu untuk memberi tunjuk ajar, khususnya dalam bidang keagamaan.

Ketujuh, orang yang dijemput untuk menghadiri sesuatu majlis tetapi sengaja tidak menghadirkan diri tanpa alasan munasabah.

Kelapan, dua orang yang bertemu dalam perjalanan lalu mereka berbual mesra, namun tidak bertanyakan nama masing-masing.

Kesembilan, orang yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan, tetapi tidak pula mengambil kesempatan daripada masa yang terluang untuk mencari ilmu pengetahuan.

Ke-Sepuluh, orang yang tidur dalam kekenyangan, sedangkan jiran atau penduduk di sekitar tempat tinggalnya menderita kelaparan.

Wallahua’lam......

10 CIRI SAHABAT SEJATI

10 CIRI SAHABAT SEJATI

Salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW
bernama Al-Qamah ada berpesan kepada
anaknya dan sekali gus memberi garis
panduan mengenai ciri-ciri sahabat yang
baik.

Kata Al-Qamah: #8220;Wahai anak ku,
kiranya kamu berasakan perlu bersahabat
dengan seseorang, maka hendaklah kamu
pilih orang yang bersifat:

1.Dia akan membalas baik jika kamu
rapat dengannya.

2.Dia akan berusaha menolong kamu jika
kamu bermasalah.

3.Dia akan memelihara dan melindungi
kamu jika kamu berbuat bakti kepadanya.

4.Dia akan melindungi kamu jika dia
melihat sesuatu yang tidak baik pada
diri kamu.

5.Setiap kebaikan yang kamu hulurkan
akan dihargai dan dibalas, malah dia
akan menyebut kebaikan itu.

6.Dia akan cuba meringankan beban kamu
jika kamu ditimpa bencana dan berusaha
menghindarinya.

7.Dia akan membantu kamu menjayakan
setiap perancangan kerja kamu.

8.Dia akan mengalah jika berlaku
perselisihan faham demi menjaga
persahabatan.

9.Jika kamu mempunyai masalah tetapi
tidak memberitahunya, dia akan berusaha
untuk mengetahui dan memahaminya lalu
diberikan pertolongan.

10.Jika kamu berkata sesuatu kepadanya
dia sentiasa mengiakannya.

-Hanya Allah yang lebih mengetahui-

-INSYALLAH-