Saturday, April 3, 2010

40 Nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Talib

Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi
Talib sebagaimana
yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh oleh
Saiyidina Ali Ibn
Abi Talib dan kitab Al Bayan Wattabyeen oleh Al
Imam Abu Othman
Amru Ibn Bahr Al Jaahidh r.a.

1. Pendapat seorang tua adalah lebiih baik
daripada tenaga seorang
muda.
2. Menyokong kesalahan adalah menindas
kebenaran.
3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan
qalbunya yang mana
adalah hanya sekeping daging.
4. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua
hal tidak akan
menjadi miskin.
5. Jagailah ibubapamu, nescaya anak anakmu
akan menjagai kamu.
6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak
mempunyai
kepercayaan terhadap Allah s.w.t.
7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada
ahli warisnya atau ke
angin. Tidak ada yang lebih terpencil daripada
seseorang bakhil.
8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif.
Seorang jahat
adalah lebih baik dari kejahatan.
9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan
kerana kekayaan harus
dijagai, sedangkan ilmu menjaga kamu.
10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan
zakat dan angkatkan
kesusahanmu dengan mendirikan solat.
11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia
daripada membalas
dendam.
12. Mengajar adalah belajar.
13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan
janganlah menjadikan
keluargamu hina dalam kemiskinan.
14. Insan terbahagi kepada 3 : mereka yang
mengenal Allah, mereka
yang mencari kebenaran dan mereka yang tidak
berpengetahuan dan
tidak mencari kebenaran.
Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan
tidak baik sekali
dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta
seperti kambing.
15. Insan tidak akan melihat kesalahan seorang
yang bersifat
tawadhu' dan lemah.
16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa
melainkan dosamu terhadap
Allah.
17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri
adalah selamat
daripada mencari kesilapan orang lain.
18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan
apa yang ia lakukan
untuk memperbaiki dirinya.
19. Manusia sebenarnyasedang tidur tetapi akan
bangun apabila ia
mati.
20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan
akan Al Haq dan
kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak
akan berubah walaupun
terbuka rahsia rahsia kebenaran itu.
21. Allah s.w.t merahmati mereka yang kenal akan
dirinya dan tidak
melampaui batasnya.
22. Sifat seseorang itu tersembunyi disebalik
lidahnya.
23. Seseorang yang membantu adalah sayapnya
seseorang yang meminta.
24. Insan tidur diatas kematian anaknya tetapi
tidak tidur diatas
kehilangan hartanya.
25. Barangsiapa yang mencari qpq yqng tidak
mengenainya nescaya
hilang apa yang mengenainya.
26. Mereka yang mendengar orang yang
mengumpat terdiri daripada
golongan mereka yang mengumpat.
27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari
kesabaran.
28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya
adalah seorang yang lebih
hina daripada seorang hamba kepada hamba.
29. Orang yang dengki, marah kepada orang yang
tidak berdosa.
30. Putus harapan adalah satu kebebasan,
mengharap (kepada manusia)
adalah suatu kehambaan.
31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu
ramalan.
32. Seorang akan mendapat teladan diatas apa
yang ia lihat.
33. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah
kejahilan yang paling
besar.
34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelakaan yang
memalukan.
35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah
dengan bersedekah.
36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi
lihatlah apa
yang dikatakannya.
37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang
berpura pura.
38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada
keselamatan.
39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah
dibiasakannya.
40. Jika kamu telah menguasai musuhmu,
maafkanlah mereka, kerapa
perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang
telah kamu perolehi. esok takkan sama dengan
hari ini, seperti mana hari ini tak sama dengan
semalam...

No comments:

Post a Comment