Saturday, April 3, 2010

20 PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH

1. Bertawakal dan bergantung selain daripada Allah SWT.
2. Mengingkari nikmat Allah sama ada yang terang dan yang tersembunyi, sesuatu yang mudah difikirkan atau yang memerlukan kajian.
3. Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah kerana Allah tidak menyukainya (pekerjaan / perkhidmatan yang dibuat).
4. Menggubal undang-undang mengikut kemahuan manusia bukan mengikut ketentuan daripada Allah.
5. Menumpukan segala ketaatan kepada selain daripada Allah dengan cara yang tidak disukai-Nya.
6. Menjalankan hukum yang lain daripada hukum Allah SWT atau tidak merujukkan kepada hukum Allah dalam sesuatu perkara.
7. Benci atau menentang satu-satu perkara yang berhubung dengan Islam atau membenci agama Islam keseluruhannya.
8. Mencintai kehidupan dunia mengatasi kecintaan kepada Akhirat, ia telah menjadikan dunia ini sebagai matlamat utama yang unggul / terpenting dalam kehidupannya.
9. Menghina sesuatu daripada Kitab atau Sunnah atau orang-orang alim yang menegakkannya atau mempersendakan hukum-hukum daripada hukum Allah atau syiar-syiar daripada syiar Islam.
10. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah SWT dan sebaliknya.
11. Tidak beriman dengan semua sumber-sumber (punca) hukum daripada Al-Kitab dan As-Sunnah.
12. Melantik orang-orang kafir dan munafiqin menjadi pemimpin serta tidak mencintai orang-orang yang beraqidah Islam dan mukmin.
13. Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah SAW.
14. Rasa takut, lemah hati di dalam menegakkan Tauhidillah dan rasa lapang, terbuka dan riang di dalam menegakkan perkara-perkara syirik.
15. Menyatakan bahawa Al-Quran terdapat pertentangan di antara ayat yang lahir dan isi yang terkandung di dalam ayat-ayat itu.
16. Tidak mengetahui tentang ma’rifat Allah dengan pengenalan yang jelas serta ingkar sufat-sifat ketuhanan-Nya atau ingkar nama-namanya.
17. Tidak mengetahui atau mengenal Rasul dengan betul atau menafikan adanya sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh Allah kepadanya atau menghina sifat-sifat kepujian atau tidak mengi’tiqadkan bahawa baginda adalah contoh bagi manusia.
18. Mengkafirkan orang yang mengucapkan dua kalimah syahadah serta tidak mengkafirkan orang yang telah ingkar syahadah dan tidak menghalalkan berperang dengan mereka.
19. Membuat satu-satu pekerjaan (ibadah) bukan kerana Allah seperti sembelihan bukan kerana Allah, sujud, tawaf pada selain Baitullah dengan niat mendekati Allah.
20. Pelbagai jenis syirik yang menggugurkan syahadatain yang dinamakan syirik kecil seperti mengerjakan sembahyang kerana hendak mendapatkan pujian, bersedekah kerana sungutan orang atau supaya orang datang kepadanya seolah-olah ia berjihad agar orang mengenangkan jasanya.

No comments:

Post a Comment