Saturday, January 2, 2010

5 wasiat dari Allah kepada Rasulullah s.a.w

5 wasiat dari Allah kepada Rasulullah s.a.w

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya
diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T
telah memberikan lima wasiat, antaranya :

Janganlah engkau gantungkan hatimu
kepada dunia kerana sesungguhnya Aku
tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.

Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat
kembalimu adalah kepada-Ku.

Bersungguh-sungguhlah engkau mencari
syurga.

Putuskan harapan dari makhluk kerana
sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak
ada kuasa di tangan mereka.

Rajinlah mengerjakan sembahyang
tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan
itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang
kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya
tahu mereka itu adalah wakil guru
tariqat. Saya berkata kepada mereka,
berikanlah nasihat yang berguna kepada

saya, yang akan membuat saya takut
kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata,
"Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara,
iaitu :

Orang yang banyak bicaranya janganlah
kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

Orang yang banyak makan janganlah kamu
harapkan sangat kata-kata himat darinya.

Orang yang banyak bergaul dengan
manusia janganlah kamu harapkan sangat
kemanisan ibadahnya.

Orang yang cinta kepada dunia
janganlah kamu harapkan sangat khusnul
khatimahnya.

Orang yang bodoh janganlah kamu
harapkan sangat akan hidup hatinya.

Orang yang memilih berkawan dengan
orang yang zalim janganlah kamu harapkan
sangat kelurusan agamanya.

Orang yang mencari keredhaan manusia
janganlah harapkan sangat akan keredhaan
Allah daripadanya."

No comments:

Post a Comment