Friday, March 5, 2010

Sepuluh Wasiat

Dari Imam Al-Syahid Hassan Al-Banna.

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan
sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah
zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-
satunya syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada
memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang
lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan
bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana
percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan
janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita
ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah
masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

BACALAH -- RENUNGILAH -- KEMUDIAN AMALKANLAH

"Barangsiapa yang menyeru manusia kepada hidayah, dia mempunyai pahala seperti pahala
yang dicapai oleh orang yang menyahut seruannya tanpa mengurangi pahala mereka yang
menyambut seruannya, semakin banyak orang yang mengikuti seruannya semakin berlipat
ganda pahala yang diperolehinya." (Riwayat Muslim)

No comments:

Post a Comment