Monday, May 17, 2010

peristiwa 2010

Ketika aq sedang bersugi gigi, secare tiba2 aq terasa angin bertiup kencang. Angin yg sgt lembut. Angin yg agak sejuk itu membuatku menggigil. Aq tau apekah itu, serta merta aq teringat peristiwa pagi td yg mne aq pergi menziarahi bilik kwn sekelas aq. “ ijat, knape aq rase bilik k0 len mcm aje nie..??” die memberitahu ku bahawa die telah diganggu oleh sesuatu. Aq mendengarkan saja semua cerita yg telah dialami olehnyer. Aq hanye tersenyum kerana aq tahu apakah kelibat makhluk yg menghantui hidup nyer itu. Die kate lg, bende tu ikut die dari air terjun,semasa mndi di sana. Die dan kwn2 lepak di sana sehingga senja. Die kate nmpk lembaga putih terbang dihadapan mereka. Serta merta aq tr0s menyangka bahawa mahkluk itu lah yg mengikuti mereka. Aq hanye memerhati keliling bilik nyer,terasa len mcm jgk. Aq hanye menasihatinyer supaya ingtlah yg berkuasa hanye la Allah n mahkluk lgsng xde kuasa, manfaat n mudarat dtg dr Allah. Aq sempat memberinya kayu sugi ku utk dijadikan banteng atau pagar utknyer. Sebelum aq beredar dr biliknyer aq membaca sedikit ayat suci al-Quran utk menghalau mahkluk tersebut. Ttbe aq tersentak dr lamunan, rupe2nyer sudah azan magrib. Aq serta merta mngambil wuduk. Aq dirikan tegak miswak (kayu sugi) di atas meja stdy ku. Aq tr0s cepat2 mengenakan jubah putih ku dan sempat mencapai kain serban. Kemudian ter0s ke surau yg terletak di hadapan bl0k tmpt aq tinggal.
Setelah s0lat baqdiah isyak n witir, aq tr0s dduk di belakang surau kerana setiap hari aq dan karkun2 yg laen akan membuat mesyuarat harian. Tujuan kami membuat mesyuarat berkenaan adalah utk memberi karkuzari2. Karkuzari adalah lap0ran tntng siapa owg yg telah kami jmpe utk bercakap tntng kebesaran Allah. Aq sgt bersyukur kerana Allah taala telah memberi sedikit kefahaman tntg usaha agama ini adalah kerja umat akhir zaman. Setiap kali aq terleka, pasti aq akn teringat tntg ayat 110 surah al- Imran yg bermaksud “ kamu adalah sebaik2 umat yg diciptakan utk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran”. Selepasa mesyuarat tamat, kami biasanyer membuat khalaqah dakwah iman@ dakwah kalimah Lailahaillah. Tujuan diadakan khalaqah kalimah Lailahaillah adalah utk membetulkan percakapan kami, membetulkan yakin kami ttg kebesaran Allah taala dan menafikan semua mahkluk. Xgne jgk kal0 sese0wg itu berzikir 10000 kali sekalip0wn sehari tetapi die masih yakin pd makhluk yg memberikan segala2 nya. Yakin pd duet yg bg sng, yakin pd gula yg bagi pnyakit, yakin pd makanan yg bg kenyang. Xgne semua itu. Sem0ga Allah meredhai kami dan semua karkun2 len serta jemaah yg sgt dikasihi oleh Allah taala tersebut.
Setiap hari selepas msyuarat pasti aq dan kwn2 ku pergi ke cafe utk mkn malam. Kami pergi berjemaah biasanya n mkn p0wn berjemaah. Owg2 yg trdapat di cafe tersebut pasti akan segan2 dgn kami sdgkan kami lgnsg tidak meghiraukan. Maklum la kami semua biasanya memakai jubah dan serban. Pasti ade yg takut melihat kami. Aq dlu berasa malu juga hendak pakai seperti itu, tetapi berbekalkan sabdaan nabi Muhammad s.a.w yg mafhum nyer “brang sape yg mehidupkan sunnah ku di zaman ker0sakkan umat, owg itu akan diberi ganjaran 100 syahid”. Bkn kecil pahala 100 syahid itu, kerana sahabat2 rad. dlu terpaksa meng0bankan nyawa mereka semata2 utk mendapat ganjaran tersebut. Ini lah kehebatan umat akhir zaman. Aq jge teringat kata junjungan besar lg “aq sgt merindui saudara2 ku”. Sahabat2 rad bertnye “ bukankah kami ini saudara kamu ya Rasullullah..??”. Rasullullah saw menjawab “kamu adalah sahabat aq dan saudara ku adalah mereka yg tidak pernah melihat aq tetapi mereka percaya kehadiran ku dan beriman kepada aq, mereka juga yakin bahawa sunnah2 ku membawa kejayaan dan mereka telah menc0nt0hinya. Setiap kali aq teringt hadith ini pasti mmbuatkan aq menggigil. Ketika sdg makan kami bersembang2, sempat juga aq selitkan ttng perkara2 yg ganjil aq alami di dalam bilik ku. Ade se0wg rakan ku berkata die pernah juga mengalami perkara yg same di rumahnyer. Bapanya menyuruh nyer membaca surah al-Baqarah. Apabila di baca surah tersebut ter0s tiada lg perkara2 yg pelik berlaku di rumahnyer. Apabila die berkata tersebut ter0s aq teringt lg sabdaan nabi Muhammad saw yg mafhumnya lebey kurang “ bacalah surah al-Baqarah di rumah2 kamu nescaya terpelihara drpd gnguan syaitan dan jin selama seminggu”. Siapakan umat islam yg tidak yakin dgn al-Quran n Hadith..??? pasti dan pasti aq yakin dgn hadith2 dan kehebatan ayat al-Quran. Tujuan aq mengikuti jemaah yg dikasihi oleh Allah taala ini adalah utk meyakini akan jnji2 Allah. Sem0ga Allah taala member kefahaman kepada aq dan semua umat akhir zaman ini.
Bilik aq yg terlelatak di tingkat 2 mnjadikan asbab utk aq menggunakan tangga utk kemana2. “ barang sesiapa yg mengambil wuduk dgn sempurna kemudian ke masjid utk menunaikan s0lat berjemaah setiap langkah yg dilangkahinya akan diberi 1pahala, di hapuskan 1d0sa dan dinaikkan 1darjat”. Kiri dan kanan bilik aq k0s0ng kerana tidak berpenghuni. Tetapi aq lngsng tidak menghiraukan keadaan terbabit. Lngsng tidak pernah terfikir di kepala ku yg keadaan terbabit bakal mengundang tetamu lain utk menetap di bilik2 tersebut. Aq pernah terdengar kwn2 ckp, rmh yg ditinggalkan lebih 3 hari pasti ade mahkluk laen yg akan menetap di situ. Menjadi amalan sebel0m td0 aq akan membaca ayat kursi, surah al-ikhlas 3x, surah al-falaq n surah an-naas..kemudian aq akan menyapu keseluruh tubuh badan ku..tidak ketinggalan juge d0a td0 dan tasbih Fatimah. Sem0ga Allah memberi kejayaan kepada hambanya yg mengamalkan sunnah2 kekasih Nya.
Azan subuh berkumandang, aq telah siap mandi. Aq bgun awl pd pagi tersebut. Selalunya 10 minit sebel0m azan baru aq dibangkitkan oleh Allah taala tetapi dengan taufik n hidayah dr Allah taala aq dibangkitkan dr mati yg sementara agak awal pagi itu. Sem0ga Allah memberi kekuatan kepada semua umat islam utk menunaikan s0lat berjemaah pd awal waktu dimana azan dilaungkan. “ Barang sesiapa yg menunaikan s0lat isyak berjemaah umpama beribadat separuh malam dan barang sesiapa yg s0lat subuh berjemaah umpama beribadat semalaman”. Selepas mendengar taalim pd pgi itu, aq tr0s naek ke bilik. Kebiasaan aq akan membaca yassin dan manzil di surau ttpi pd pagi itu aq agak penat. Setibanya di bilik aq tr0s baring di ats katil lalu terlelap seketika. Tiba2 aq terjaga dari td0. Alangkah terperanjatnya aq apabila ade satu lembaga yg sgt h0d0h dihadapan wajah ku, kemudian die menghilang. Silap aq juga,aq telah mencabar mahkluk itu. Aq berkata “ hai mahkluk Allah, kal0 k0 brani k0 dtg la blek”. Dengan izin drpd Allah taala ttbe2 bdn aq menjadi kaku. Kelibat lembaga terbabit muncul kembali di hadapan wajah ku. Lembaga yg berketayap siam berwarna putih itu turut mempunyai jambang yg sgt panjang berwarne putih juga. Mukanya berkedut seribu dan sgt pucat. Aq hnye terdiam. Die juga hnye tersenyum melihat aq. Aq fikir sekejap sahaja aq terkaku,rupe2 nyer hampir 1 jam aq terkaku.terasa sgt singkat mse itu. Hnya Allah taala yg mengetahui perasaan hambanya ketika itu.
Sejak peristiwa itu, pelbagai lg peristiwa aneh yg berlaku terhadap diri ku. Mcm2 dh berlaku, tetapi aq hnye mndiamkn diri sahaja. Aq hanye mmberitahu kwn2 yg rapat dgn aq sahaja. Aq di dlm t0ilet ade yg ketuk pintu blek. Aq sedang baring2 ade yg main flush tandas, ade yg bkak pili air. Kelibat bayangan selalu menghantuiku jika aq melihat cermin. “ya Allah, engkau perel0kkn lah akhlak ku sebagai mne k0 memperel0kkan wajah ku”. Umpama mimpi aq ternampak kelibat lembaga di belakang ku di dlm cermin, tetapi yg anehnya bile aq t0leh xde plak. Aq selalunya mengajak teman rapatku yg dikenali sebagai kudin utk menemani ku tidur. Aq bkn takut pd mahkluk cme aq perlu berwaspada jika ade berlaku ape2. “Tidak dijadikan manusia dan jin melainkan utk beribadat kepada Allah”. Aq kerap kali juga memsangkan bacaan ayat2 suci al-Quran di dlm bilek ku, tetapi kerap kali lapt0p aq akan hang. Ntah ape musibah yg Allah uji aq ketika itu.
Satu pagi jumaat ketika aq bgun utk mndi menunaikan s0lat subuh. Biasanya aq akan tg0k jam di ph0ne aq. Aq terlihat jam menunjukkan pkul 5.15 pagi. Terdapat juga beberapa msg yg aq terima dr rkn2. Tetapi aq berasa agak kehairanan ade 1msg yg dihantar oleh bapaku pd pkul 1pagi. Msg itu tertulis “Salam. Al0ng meninggal dnia. Dtg rmh die di hulu Langat, ayah otw”. Hilang rase ngant0k aq asbab terbaca msg itu. Tr0s aq kejutkan kudin yg sdg lena td0. Kudin nie se0wg yg berani. K0n0nyer die nie ade bende yg menjaganya, tetapi ketahuilah bahawa Allah yg memelihara segala2 nyer. Berapa kali die td0 di bilik aq dan die terase seakan-akan kepala nyer ditekan dan sgt pening kdg2 smpai xdtg ke kelas. M0ga Allah membalas jase nyer yg tidak terbalas itu dgn syurga Allah taala. Aq menceritakan ttg berita kematian itu, aq mnyuruhnya memberitahu lecture ttg ketidak hadiran ku ke kelas hari itu. Seperti biasa aq akan mamkai jubah putih ku setiap hari jumaat. Imam membaca surah sajadah pagi itu tetapi sukar mendapat kehusyukkan dlm s0lat kerana mcm2 bermain di benak fikiran ku. Setelah selesai s0lat subuh aq tr0s mencapai kunci m0t0 ku utk ke hulu Langat.
Selesai pengkebumian, hnye keluarga aq sahaja yg ade di rmh itu. Saudara2 laen sme dtg melawat sekejap aje. Agak terkilan kami melihat gelagat saudara2 laen itu. Pdhal mereka menetap di sekitar kuala lumpur n selang0r sahaja. Keluarga aq dr jb p0wn b0le lame di situ. Dh la xtau pape kt sne, balai p0lis, nk buat surat mati, nk matikan air, eletrik n talip0n. Tetapi ayah cukup tenang ketika itu menyelesaikan semuanyer. Sakit juga hati aq ketika itu. Aq dtg ke surau berhampiran rmh arwah pkck aq itu. Tenang hatiku apabila melihat sekumpulan jemaah sedang membuat bayan ttg fikir iman dan amal. Tr0s aq dduk mendengar kata2 pembayan itu. Cukup tng hati ku ketika itu kerana Allah taala ade bersabda “ sebaik2 perkataan adalah perkataan membesarkan Allah taala” dan teringat juga aq akan sabdaan junjungan besar nabi Muhammad saw “ bnyakkn dduk di taman2 syurga iaitu majlis2 yg memuji Allah taala”. Sem0ga Allah memberi kekuatan kepada ku utk dduk dlm jemaah yg dikasihi oleh Allah taala itu sehingga akhir hayat. “ adk, adk nie saudara kepada arwah 2 ke..??” salah se0wg dr jemaah itu bertnye kepada ku. Aq menjawab “ a’ah, pkck” . ringkas sahaja aq menjawab “ beliau berkata lg “ adk, untung pkck adk 2. Die meninggal dnia pd mlm jumaat, insyaAllah die terjauh dr seksa kubur”. Mendengar kata2 beliau serta merta aq teringat kitab krangan iman al-Ghazali. Dlm satu hadith mnyebut lebey kurang mcm nie aq xberape igt, mafhum nyer “ barang sesiapa yg mati pada malam jumaat atau pagi jumaat ketahuilah die ada penghuni syurga selamanyer”. Sem0ga Allah memberikan kte sme mati dalam keadaan husnul kh0timah iaitu kesudahan yg baik dan dpt mnyebut kalimah t0yyibah pd akhir kalam. “ barang sesiapa pd akhir kalam nyer dpt mnyebut kalimah Lailahaillah, maka wajib syurga baginya”.
Aq berada di k0lej semula. Sesampai di sana rmai kwn2 mngucapkan takziah atas pemergian pkck ku itu. Aq dduk kese0rangan di dlm bilek pd mlm itu. Ketika aq hendak mmbuka lapt0p ku, alangkah terkejutnya aq apabila ternampak di skrin lapt0p aq ade satu lembaga berada di belakangku. Tnpa aq men0leh ter0s aq berkata dgn nada yg keras “ Kejayaan manusia dan jin disisi Allah taala sejauh mne mereka dpt taat perintah Allah dan mengamalkan sunnah nabi saw”. Aq membaca sedikit ayat2 syifa’. Dan terakhir aq membaca “ ayat yg di ajar oleh maulana Saad ketika berhadapan gnguan makluk halus. Tetapi aq xb0le memberitahu nyer di dalam c0retan ini. Serta merta bnde itu hilang. Aq tr0s pg ke bilik kwn ku yg berhampiran. Die se0wg tarikat. Selalu aq melihatnya berzikir kese0wgnan. Die dan beberapa kwn ku juga dtg ke bilik ku. Xsilap aq 5owg ketika itu. Aq, ilyas, saiful dan zul, kudin sampai lmbt cket. Kudin xtau ape yg kami lakukan. Die dtg nk ajak aq stdy tetapi laen yg jadinya. Saiful berkata, “mlm nie pkul 12 mlm kt0wg dtg blek k0, k0 stnby aje” . ketika sdg bt assgment pintu blek aq diketuk. Aq mnyuruh kudin yg membukanya. Rpe2 nyer saiful, ilyah n zul dtg. Tepat pkul 12 mereka smpai. Aq hampir terlupa pasal janji td 2. Kudin hnye tercengang2 xpham ape yg berlaku. Aq mgajak mereka memulakan operasi kita ini dan mereka bersetuju. “lampu blek aq ditutup kesemunya. Hnye yg terdengar bnyi kipas sahaja. Tingkap juga ditutup dan hnye dibuka renggang sahaja. Saifu l p0wn membaca sedikit ayat2 suci al-Quran. Serta merta angin yg sgt kencang msuk dr tingkap blek ku itu. Angin itu menuju ke kudin dan lalu di hadapan ku. Terasa meremang bulu r0ma ku ketika itu. Dlm hatiku siapakah yg menjadi pinjaman badan kepada mahkluk itu. Rpenyer2 die masuk ke dlm bdk saiful juga. Serta merta nafas nyer menjadi laju dan kuat. Terdegar juga suaranye menjadi garau. Salah se0wg dr kami bertnye kepda die “ siapa kau..??” aq jin “kau dtg dari mne..??” atas...!!! “kenape kau kac0 die nie..??” die pijak kepala aq ketika aq tgh td0 “k0 td0 di mane..?? di dpn pintu ini “ k0 keluar dr cni dan jgn gngu die lg” baiklah. “kau nk pergi kemane..??” aq nk dduk di patung siam. “kau islam ke kafir..??” kafir..!!!! .. begitulah antara sedikit dial0g yg aq ingt ketika itu. Jin nie kate aq terpijak kepala die, mne la aq nmpk die. Aq rase inilah mahkluk yg menggangu kwn ku itu. Xsangke aq die brani2 ikut aq plak ea. Tetapi sebel0m die beredar sempat mahkluk itu berkata kepada aq “ Dem0 nk pg mne2 dem0 bace bismillah” sebel0m die beredar smpt lg die berpesan kpd ku “ Dem0 jgn sesekali pergi ke bilik sebelah”. Aq hnye berkata insyaAllah. Mlm itu berlalu dgn kami berase sgt letih asbab bermain dgn bende2 mcm 2. Pling aq kasihan melihat wajah kudin yg sgt pucat ketika itu kerana die xtahu ttg plan giler kami mlm itu. Aq p0wn dh lame main2 dgn mahluk2 sebegini. Last aq main p0wn mse kt h0stel sk0la teknik dlu. Tetapi ketahuilah Allah yg maha berkuasa ke atas semua ciptaan Nya.
Dua minggu sudah berlalu, terasa bagai amat aman dunia ciptaan Allah ini wlpn bnyk dugaan yg Allah uji. Bnyk masalah yg dan ujian yg perlu ku tempuhi ttp sebagai khairul ummat aq percaya bahawa setiap mudarat n musibah dtg dari Allah taala dan yg bagi manfaat n bagi nikmat juga dtg dr Allah taala atas kekuatan dan ketakwaaan hamba Nya. Setiap ptg jumaat aq akan mmbuat satu sunnah Rassullullah yg sgt besar iaitu gayst. Gayst ialah pusing2 atau ziarah. Kami akan menziarahi semua umat islam yg berada di k0lej kami. Wlpn tujuaan diadakan gayst adalah berniaatkan seluruh alam. Dahulunya Nabi saw, saidina Abu Bakar dan saidina Ummar juga mmbuat perkara yg sama. Mereka akan dtg dari pintu ke pintu, rumah ke rumah semata2 utk menyebarkan kalimat Lailahaillah. Jd sebagai umat nabi Muhammad saw, wajid ke atas kite utk menc0nt0hi segala sunnah nabi junjungan mulia kita kerana pd hari akhirat kelak akan terdapat perbagai kel0mpok (kumpulan) kaum manusia. Yg mne umat nabi adam pasti akan ikut nabi adam, jika umat nabi isa pasti akan ikut nabi isa. Dan jika umat nabi Muhammad saw pasti akan ikut nabi saw. Tetapi jika kita umat nabi saw tetapi ikut selain ajaran nabi saw dan cara2 selain nabi saw. Kite ikut care kita sendiri pasti dan pasti kita akan dibangkitkan bersama selain daripada kumpulan nabi saw. Kal0 kte ikut cara penyanyi pasti dan pasti kite dibangkitkan bersama2 g0l0ngan penyanyi tersebut. Jika kita ikut cara pemain b0la pasti dan pasti kita di bangkitkan bersama2 pemain b0la dan tetapi kita ikut cara Nabi saw dan para sahabat Baginda pasti dan pasti kita akan di bangkitkan bersama2 Baginda saw. “ dan sesungguhnya barang sesiapa yg mengikuti Allah dan Rasul Nya pasti akan mendapat kemenangan yg tersangat besar ( al- Azzim). insyaAllah.
Aq trun awal ke surau ptg itu, biasa gayst akan bermula pd pkul 6 ptg. Aq mengenekan jubah putih ku. Berjalan kaki sahaja aq ke surau kerana tidak lah begitu jauh dari bilik aq. Berjalan aq melalui kawasan permainan kelihatan ramai pemuda pemudi sedang berdua-duaan. Ada yg sedang bersukan ada yg bersemabang2 sahaja. Aq menebalkan sahaja muka aq ketika itu. Maklumlah pakai jubah, mne la ade owg pkai jubah petang2 sebegitu. Kal0 nk ikutkan nafsu mmg lah aq juga ingin bermain2 seperti mereka tetapi aq perlu tahan nafsu kerana “ barang sesiapa yg menebalkan muka utk agama Allah taala, maka Allah taala sendiri akan merasa malu utk menghisabnya. Waalahualam . bnyk kelebihan owg yg bt kerja agama ini. Antara nya “ sepagi atau sepetang di jalan Allah taala lebih baek daripada dunia dan seisinya”, “angg0ta yg dilekati debu owg yg keluar pd jalan Allah taala diharamkan atta asap api neraka” , “sepatah perkataan mengajak kepada Allah taala, mendapat setahun pahala ibadat sunnat” , “seketika berdiri di jalan Allah taala lebih baek daripada beribadat dihadapan hajaratul aswad pd malam lailatulkadar”. Ini semua mafhum hadith yg aq ingat dan aq pernah belajar semasa di madrasah dahulu. Sem0ga Allah taala bagi taufiq n hidayat utk kte amal dan sampaikan. InsyaAllah.

Para Ulama Ahlul Hadits

بسم الله الرحمن الرحيم
Biografi para ulama ahlul hadits mulai dari zaman sahabat hingga sekarang yang masyhur :
1. Khalifah ar-Rasyidin :
• Abu Bakr Ash-Shiddiq
• Umar bin Al-Khaththab
• Utsman bin Affan
• Ali bin Abi Thalib
2. Al-Abadillah :
• Ibnu Umar
• Ibnu Abbas
• Ibnu Az-Zubair
• Ibnu Amr
• Ibnu Mas’ud
• Aisyah binti Abubakar
• Ummu Salamah
• Zainab bint Jahsy
• Anas bin Malik
• Zaid bin Tsabit
• Abu Hurairah
• Jabir bin Abdillah
• Abu Sa’id Al-Khudri
• Mu’adz bin Jabal
• Abu Dzarr al-Ghifari
• Sa’ad bin Abi Waqqash
• Abu Darda’
3. Para Tabi’in :
• Sa’id bin Al-Musayyab wafat 90 H
• Urwah bin Zubair wafat 99 H
• Sa’id bin Jubair wafat 95 H
• Ali bin Al-Husain Zainal Abidin wafat 93 H
• Muhammad bin Al-Hanafiyah wafat 80 H
• Ubaidullah bin Abdillah bin Utbah bin Mas’ud wafat 94 H
• Salim bin Abdullah bin Umar wafat 106 H
• Al-Qasim bin Muhammad bin Abi Bakr Ash Shiddiq
• Al-Hasan Al-Bashri wafat 110 H
• Muhammad bin Sirin wafat 110 H
• Umar bin Abdul Aziz wafat 101 H
• Nafi’ bin Hurmuz wafat 117 H
• Muhammad bin Syihab Az-Zuhri wafat 125 H
• Ikrimah wafat 105 H
• Asy Sya’by wafat 104 H
• Ibrahim an-Nakha’iy wafat 96 H
• Aqamah wafat 62 H
4. Para Tabi’ut tabi’in :
• Malik bin Anas wafat 179 H
• Al-Auza’i wafat 157 H
• Sufyan bin Said Ats-Tsauri wafat 161 H
• Sufyan bin Uyainah wafat 193 H
• Al-Laits bin Sa’ad wafat 175 H
• Syu’bah ibn A-Hajjaj wafat 160 H
• Abu Hanifah An-Nu’man wafat 150 H
5. Atba’ Tabi’it Tabi’in : Setelah para tabi’ut tabi’in:
• Abdullah bin Al-Mubarak wafat 181 H
• Waki’ bin Al-Jarrah wafat 197 H
• Abdurrahman bin Mahdy wafat 198 H
• Yahya bin Sa’id Al-Qaththan wafat 198 H
• Imam Syafi’i wafat 204 H
6. Murid-Murid atba’ Tabi’it Tabi’in :
• Ahmad bin Hambal wafat 241 H
• Yahya bin Ma’in wafat 233 H
• Ali bin Al-Madini wafat 234 H
• Abu Bakar bin Abi Syaibah Wafat 235 H
• Ibnu Rahawaih Wafat 238 H
• Ibnu Qutaibah Wafat 236 H
7. Kemudian murid-muridnya seperti:
• Al-Bukhari wafat 256 H
• Muslim wafat 271 H
• Ibnu Majah wafat 273 H
• Abu Hatim wafat 277 H
• Abu Zur’ah wafat 264 H
• Abu Dawud : wafat 275 H
• At-Tirmidzi wafat 279
• An Nasa’i wafat 234 H
8. Generasi berikutnya : orang-orang generasi berikutnya yang berjalan di jalan mereka adalah:
• Ibnu Jarir ath Thabary wafat 310 H
• Ibnu Khuzaimah wafat 311 H
• Muhammad Ibn Sa’ad wafat 230 H
• Ad-Daruquthni wafat 385 H
• Ath-Thahawi wafat 321 H
• Al-Ajurri wafat 360 H
• Ibnu Hibban wafat 342 H
• Ath Thabarany wafat 360 H
• Al-Hakim An-Naisaburi wafat 405 H
• Al-Lalika’i wafat 416 H
• Al-Baihaqi wafat 458 H
• Al-Khathib Al-Baghdadi wafat 463 H
• Ibnu Qudamah Al Maqdisi wafat 620 H
9. Murid-Murid Mereka :
• Ibnu Daqiq Al-led wafat 702 H
• Ibnu Taimiyah wafat 728 H
• Al-Mizzi wafat 742 H
• Imam Adz-Dzahabi (wafat 748 H)
• Imam Ibnul-Qoyyim al-Jauziyyah (wafat 751 H)
• Ibnu Katsir wafat 774 H
• Asy-Syathibi wafat 790 H
• Ibnu Rajab wafat 795 H

LARANGAN-LARANGAN TERHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN

1. Tidak boleh sama sekali berjimak ketika berada di dalam terlalu kenyang atau terlalu lapar.
2. Mandi setelah makan.
3. Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita
4. Berada dalam keadaan terlalu lapar.
5. Berjaga malam selain dari qiamullail.
6. Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN
1. Memakan daging.
2. Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
3. Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
4. Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
5. Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang
6. Memakan makanan yang agak manis.

FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT
1. Bercakap banyak.
2. Tidur banyak.
3. Makan banyak.
4. Banyak jimak.

FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN
1. Banyak jimak.
2. Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
3. Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri
4. Banyak memakan makanan yang serba masam.

SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT
1. Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk(masak)
2. Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.

BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL
1. Tinggalkan dari bercakap kosong.
2. Sentiasa bersugi.
3. Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.

MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA, MAKANLAH,JANGAN DIBUANG
Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman, hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan bandannya ke dalam makananan atau minuman itu,kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ianya tidak beracun lagi/sudah selamat digunakan. Ingat jangan membazir,orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat syaitan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/ MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN
1. Melihat pekara-pekara yang haram.
2. Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
3. Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut
4. Tidak membaca Al-Quran.
5. Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram
6. Mengumpat dan mengata.
7. Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
8. Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
9. Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
10. Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.

LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN
1. Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati
2. Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah
3. Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam

SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT :
1. Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat
2. Selepas berjimak.
3. Selepas makan atau sebelumnya.
4. Ketika sedang makan.
5. Selepas memakan buah-buahan.
6. Selepas keluar dari bilik mandi.
7. Ketika terjaga dari tidur.

CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.
1. Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk
2. Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00 kemudian bersugi. berwuduk dan bersembayang tahajjud.
3. Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar
4. Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan,rusuk kiri di bahagian atas,supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus,cepat hadam makanan.Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR
1. Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2. Selepas masuk waktu Asar.
3. Tidur di bawah cahaya matahari waaupun terkena separuh dari badan

BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:
1. Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2. Merosakkan warna kulit.
3. Melemahkan jantung.
4. Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5. Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6. Melemahkan kecerdasaan akal.

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
1. Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur
2. Hindarkan dari tidur lewat malam.
3. Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil
4. Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum tidur
5. Bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur
6. Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
7. Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA

1. Banyak melakukan jimak.
2. Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
3. Banyak minum air di waktu pagi.
4. Banyak memakan atau meminum yang seba masam.

SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG
1. Merokok yang berterusan.
2. Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
3. Kurang tidur.
4. Sentiasa mandi di tengah malam.
5. Berjimak di dalam air atau ketika udara terlalu sejuk.
6. Melakukan kerja secara berterusan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN
1. Melihat kepada benda-benda kotor.
2. Melihat kepada palang +/salib.
3. Melihat kepada alat kelamin perempuan atau bayangan luar
4. Duduk dengan membelakangkan kiblat.
5. Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
6. Banyak menangis.

keluar di jalan Allah

Para Sahabat Keluar ke Jalan Allah

Sebanyak 150 jemaah telah dihantar dari Madinah dalam masa 10 tahun tersebut. Baginda s.a.w. sendiri telah menyertai 25 daripada jemaah-jemaah tersebut. Sebahagian jemaah tersebut terdiri daripada 10,000 orang, ada yang 1,000 orang, 500 orang, 300 orang, 15 orang, 7 orang dan sebagainya. Jemaah-jemaah ini ada yang keluar untuk 3 bulan, 2 bulan, 15 hari, 3 hari dan sebagainya. 125 jemaah lagi sebahagiannya terdiri daripada 1000 orang, 600 orang, 500 orang dan sebagainya dengan masa 6 bulan, 4 bulan dan sebagainya.

Sekiranya kita menghitung dengan teliti maka akan didapati purata masa yang diberikan oleh setiap sahabat untuk keluar ke jalan Allah dalam masa setahun ialah antara 6 hingga 7 bulan.


Sahabat keluar 5 tahun

Pada tahun 627M satu rombongan sahabat-sahabat Nabi S.A.W yang diketuai oleh Wahab bin Abi Qabahah dikatakan telah mengunjungi Riau dan menetap selama 5 tahun di sana (sebelum pulang ke Madinah)
(dipetik dari kitab 'Wali Songo dengan perkembangan Islam di Nusantara', )


Sahabat keluar 6 bulan

Bara’ Radiyallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah mengutus Khalid ibne-Walid Radiyallahu 'anhu kepada penduduk Yamen untuk mengajak mereka masuk Islam. Bara berkata: Aku juga termasuk dalam jamaah itu. Kami tinggal di sana selama 6 bulan. Khalid radiyalaahu anhu selalu mengajak mereka untuk masuk Islam, tetapi mereka menolak ajakannya.

Kemudian Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam mengutus 'Ali ibne-Abi Talib Radiyallahu 'anhu ke sana dan memerintahkan kepada Khalid r.a. untuk kembali dengan seluruh jamaah kecuali salah seorang dari jamaah Khalid r.a. yang mahu menemani Ali r.a, maka ia boleh ikut serta dengan Ali r.a. Bara r.a berkata: Akulah yang menemani Ali r.a. selama di sana. Ketika kami betul-betul dekat dengan penduduk Yaman, maka mereka keluar dan dan dating kehadapan kami. Lalu Ali r.a. mengatur shaf mereka untuk mengerjakan solah dan Ali yang menjadi imam dalam solah kami.

Selesai solah, Ali r.a membacakan isi surat Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam kepada mereka. Setelah mendengar isi surat Rasulullah sallalaahu alayhi wasalam itu maka seluruh Bani Hamdan masuk Islam. Kemudian Ali r.a. menulis surat kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang isinya memberitahukan tentang ke-Islaman mereka kepada baginda. Setelah isi surat tersebut dibacakan kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, maka baginda langsung sujud syukur kepada Allah Swt. Setelah mengangkat kepala, baginda berdoa: Keselamatan bagi Bani Hamadan. Keselamatan bagi Bani Hamadan. (Bukhari, Baihaqi, Bidayah-wan-Nihayah)
(Dipetik dari kitab Muntakhab Ahadith, bab Dakwah dan Tabligh,)


Keluar 4 bulan

Ibn Juraij berkata: “Ada seseorang yang menceritakan kepada saya bahawa pada suatu malam ketika Umar radiyalaahu anhu sedang berkeliling (ghast) di sekitar lorong-lorong kota Madinah, tiba-tiba beliau mendengar seorang wanita sedang melantunkan sya’ir:

”Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya, Daku tidak boleh tidur kerana tiada yang tersayang yang boleh ku ajak bercumbu Andai bukan kerana takut berdosa kepada Allah yang tiada sesuatu pun dapat menyamaiNya Sudah pasti ranjang ini di goyang oleh yang lainnya."
Ketika Umar r.a. mendengar sya’irnya itu, maka dia bertanya kepada wanita tersebut, “Apa yang terjadi padamu?” Wanita itu menjawab, “Saya sangat merindukan suami saya yang telah meninggalkan saya selama beberapa bulan.” Umar r.a. betanya, “Apakah kamu bermaksud melakukan hal yang buruk?” Wanita itu menjawab, “Saya berlindung kepada Allah.” Umar r.a. berkata, “Kuasailah dirimu! Sekarang saya akan mengutus orang untuk memanggil suami mu.”

Setelah itu Umar r.a. bertanya kepada anak perempuannya Hafsah r.anha, “Aku akan bertanya padamu mengenai sesuatu masalah yang membingungkan aku, mudah-mudahan kamu boleh memberi jalan keluar untukku. Berapa lama seorang wanita mampu menahan kerinduan ketika berpisah dari suaminya?” Mendengar pertanyaan itu, Hafsah r.anha menundukkan kepala merena merasa malu. Umar r.a. berkata, “ Sesungguhnya Allah tidak pernah merasa malu dalam hal kebaikan.” Hafsah menjawab sambil berisyarat dengan jari tangannya, “Tiga sampai empat bulan.” Kemudian Umar r.a. menulis surat kepada setiap amir (pimpinan) pasukan tentera Islam supaya tidak menahan anggota pasukannya lebih dari 4 bulan.”
(Riwayat Abdur Razzaq dalam kitab Al-Kanz Jilidl VIII, m/s.308).

Ibnu 'Umar (Radiallahu'Anhu) mengatakan bahawa pada suatu malam Umar r.a. keluar (untuk melihat ehwal orangramai), tiba-tiba beliau mendengar seorang wanita sedang bersya’ir:

"Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya Aku tidak boleh tidur kerana tida yang tersayang yang boleh kuajak bercumbu."

Kemudian Umar r.a. bertanya kepada Hafsah r.anha, berapa lama wanita dapat bertahan tidak bertemu dengan suaminya?” Hafsah r.anha menjawab, “Enam atau empat bulan.” Maka Umar r.a. berkata, “Untuk selanjutnya saya tidak akan menahan tentera lebih dari masa itu.”
(Hr. Baihaqi dalam kitabnya jilid IX m/s 29)
[seperti yang dipetik dari kitab Hayatus Sahabah, bab Al-Jihad]


Keluar 40 hari

"Seorang lelaki telah datang kepada Saiyidina Umar ibnu Khattab r.a. maka Saiyidina Umar r.a. pun bertanya: Di manakah engkau berada? Dijawabnya: Saya berada di Ribat. Saiyidina Umar r.a. bertanya lagi: Berapa hari engkau berada di Ribat itu? Jawabnya tiga puluh hari. Maka berkata Saiyidina Umar r.a.: Mengapa kamu tidak cukupkan empat puluh hari?
(Kanzul Ummal, Juzuk 2 muka surat 288, dipetik dari kitab 'Risalah ad Dakwah)


Keluar 3 hari

Daripada Ibnu Umar r.a. berkata: Nabi SAW telah memanggil Abdul Rahman bin Auf r.a. lalu bersabda: Siap sedialah kamu, maka sesungguhnya aku akan menghantar engkau bersama satu jama'ah maka menyebut ia akan hadis dan katanya: Maka keluarlah Abdul Rahman hingga berjumpa dengan para sahabatnya, maka berjalanlah mereka sehingga sampai ke suatu tempat pertama bernama Daumatul Jandal, maka manakala ia masuk ke kampung itu ia mendakwah orang-orang kampung itu kepada Islam selama tiga hari. Manakala sampai hari yang ketiga dapat Islamlah Asbagh bin Amru al Kalbi r.a. dan adalah ia dahulunya beragama Nasrani dan ia ketua di kampung itu.
(Hadith riwayat Darul Qutni, dipetik dari kitab 'Risalah ad Dakwah)

fitrah wanita

WanitaAllah telah menentukan bahawa ada perkara tertentu yang menarik perhatian di antara lelaki dan wanita.Dan untuk itu,Allah juga yang mengatur bentuk hubungan yang perlu dilakukan,agar di antara mereka tidak timbul perkara-perkara yang tidak diingini. Walaupun demikian,ramai juga manusia yang melanggar batas-batas tersebut sehingga mereka tertunduk malu kerana keterlanjuran yang mereka lakukan.

Lelaki yang tidak mampu mengawal dirinya daripada daya tarik yang ada pada wanita, pasti mudah untuk melakukan perkara-perkara yang menjadi larangan Allah Taala.

Apabila membicarakan tentang fitnah wanita,bukan bermakna wanita itu jahat dan sukakan keburukan.Tetapi apa yang dimaksudkan ialah keadaan mereka itu mampu menjadikan lelaki lupa daratan dan apabila usaha pencegahan tidak dilakukan,akan berlakulah perkara- perkara yang tidak diingini.Ini sudah pasti apabila lelaki yang berkenaan tidak berhati-hati.Bagaikan binatang ternak yang memakan rumput berdekatan dengan padang larangan,adalah mudah bagi binatang itu memasuki kawasan tersebut.

Fitnah ini boleh berlaku dalam dua keadaan,iaitu sebelum kedua jenis ini berkahwin dan ketika atau selepas lelaki dan wanita ini bernikah.Sebelum bernikah,Islam menentukan adanya mahram dan yang bukan mahram.Antara lain,adalah untuk memudahkan manusia mengetahui orang yang dibolehkan mereka berhubung atau bergaul secara bebas dan yang tidak boleh berbuat demikian.Pelanggaran pada ketentuan ini akan
mengakibatkan perkara mungkar yang berlaku.

Kebiasaannya manusia melakukan sesuatu yang tidak baik secara berperingkat-peringkat sesuai dengan bentuk kemungkaran itu.Bermula dari dosa kecil seperti melihat,bercakap-cakap (berdua-duaan), berpegangan dan bersentuhan kulit dan akhirnya melakukan dosa besar.

Orang yang berzina sebenarnya tidak ada harganya di sisi Allah,kecualilah dia bertaubat.Mengatasi masalah zina tidak dapat diatasi hanya dengan menyediakan rumah-rumah kebajikan bagi mereka yang telah terlanjur.Apa yang utama ialah memberi kefahaman kepada mereka tentang panduan agama dalam masalah ini dan dalam masalah kehidupan yang lain.Agama Islam dalam menangani masalah ini,
memperuntukkan hukuman yang berat kepada penzina,kerana mereka telah bersungguh-sungguh untuk memulakannya.

Setelah berkahwin pula,seorang suami kadangkala tidak berupaya memimpin dengan baik dan sempurna.Ketenangan yang sepatut dikecapi semasa bernikah,hanya menjadi impian kosong.Bernikah dengan wanita pilihan hati rupanya tidak seindah namanya. Sebabnya ialah proses dan matlamat perkahwinan tidak menjejaki apa yang telah digariskan oleh Allah.Kecantikan yang menjadi dasar pilihan itu rupanya bagaikan memetik mawar yang berduri yang tidak ada wanginya yang harum.

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud;

"Hai orang yang beriman,sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu,maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka.Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (At-Taghaabun : 14)

Keadaan ini sebenar bukan suatu yang merendah-rendahkan wanita.Andaikata mereka mendapat pendidikan yang baik serta memahami tuntutan agama dalam perkara-perkara yang dihadapi,mereka justeru menjadi pendorong yang digigih.Sesuai dengan kejadian mereka seumpama daripada tulang rusuk yang bengkuk,kepemimpinan yang baik daripada pihak lelaki akan mampu membawa mereka ke jalan yang lurus.

Jika demikian gambaran keadaan fitnah yang dihadapi melalui wanita,tentu lebih hebat keadaannya bilamana wanita itu aktif dalam perkara-perkara sumbang.Kalau dalam masjid dan dalam rumah tangga keadaan boleh menjadi tidak tenteram kerana kurang fahamnya wanita terhadap sesuatu,tentulah lebih mencabar jikalau keadan ini digiatkan
bila berada di luar masjid dan rumahtangga.

Rasulullah saw pernah memberi pesanan kepada para sahabat baginda yang selalu duduk-duduk di tepi jalan agar menjaga hak-hak jalan,iaitu menjaga pandangan,tidak mengganggu orang yang lalu, menjawab salam serta melakukan pencegahan maksiat.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Said al-Khudry).

Ini bermakna,setiap anggota masyarakat akan menerima akibatnya apabila suasana maksiat disuburkan khususnya melalui wanita-wanita jahat.

Tercatit dalam sejarah Islam,bahawa ayat 1-2 Surah at-Tahrim turun disebabkan isteri-isteri baginda.Ketika baginda habis meminum madu di rumah isteri baginda Saudah,dia berkata bahawa ada bau yang busuk.Begitu juga ketika baginda selesai meminum madu di rumah Aisyah, dia diberitahu bahawa ada bau yang busuk.Lalu Rasulullah saw kerana untuk menjaga hati isterinya telah berjanji untuk tidak meminum madu lagi.Allah lalu menurunkan firman Nya :

"Hai Nabi,mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah halalkan bagimu, kamu
mencari kesenangan hati isteri-isteri kamu?" (at-Tahrim : 1)

Perlu ditegaskan bahawa fitnah wanita tidak selalunya datang dari arah wanita itu sendiri.Bahkan selalunya godaan nafsu dalamlah yang menjadi pendorong bagi lelaki untuk mendekati wanita dan melakukan maksiat.

Oleh kerana itu,wanita atau isteri bukanlah musuh yang sebenarnya yang perlu dijauhi.Perlakuan yang berlaku adalah antara dua jenis ini adalah gambaran umum tentang bentuk perhubungan yang diwujudkan.Apabila masing-masingnya memberi perhatian yang wajar untuk sama-sama membina kebahagiaan,maka mereka akan mengecapinya dengan sempurna.

Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda :

"Sesempurna iman seseorang ialah yang paling baik budi pekertinya,dan sebaik-baik kamu ialah yang terbaik pergaulannya terhadap isterinya." (Riwayat Tirmizi)

Dan dalam sebuah hadis dari Abdullah bin Amru al-Ash,bahawa Rasulullah
bersabda :

"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah." (Riwayat Muslim)

Penegasan Islam tentang keadaan wanita dan potensi mereka untuk samada membangunkan atau meruntuhkan umat adalah suatu kenyataan yang perlu catitan semua pihak.Mereka perlukan bimbingan dan pimpinan yang baik.

Allah membeli jiwa & harta kita dgn harga yg sangat mahal........

Bismillahirahmanirrahiim.
Assalamualaikum wr wb...

Ikhwah fillah yang insya Allah
mengharapkan keselamatan,karunia serta
ridha Allah SWT...
Ba'da syahadah,selawat dan hamdalah..

Ada ayat Allah yg berbunyi:
"Hai orang-orang yang beriman, sukakah
kamu aku tunjukkan suatu perniagaan
yang
dapat menyelamatkanmu dari azab yang
pedih? (yaitu) kamu beriman kepada
Allah
dan RasulNya dan berjihad di jalan
Allah
dengan harta dan jiwamu. Itulah yang
lebih baik bagimu, jika kamu
mengetahui.
Niscaya Allah akan mengampuni
dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam
jannah yang mengalir di bawahnya
sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke
tempat tinggal yang baik di dalam
jannah
'Adn. Itulah keberuntungan yang besar.
Dan (ada lagi) karunia yang lain yang
kamu sukai (yaitu) pertolongan dari
Allah dan kemenangan yang dekat
(waktunya). Dan sampaikanlah berita
gembira kepada orang-orang yang
beriman." [QS.A-shaff:10-13]

Juga Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari
orang-orang mukmin diri dan harta
mereka
dengan memberikan surga untuk mereka.
Mereka berperang pada jalan Allah; lalu
mereka membunuh atau terbunuh. (Itu
telah menjadi) janji yang benar dari
Allah di dalam Taurat, Injil dan Al
Quran. Dan siapakah yang lebih menepati
janjinya (selain) daripada Allah? Maka
bergembiralah dengan jual beli yang
telah kamu lakukan itu, dan itulah
kemenangan yang besar. Mereka itu
adalah
orang-orang yang bertaubat, yang
beribadat, yang memuji, yang melawat,
yang ruku', yang sujud, yang menyuruh
berbuat ma'ruf dan mencegah berbuat
munkar dan yang memelihara hukum-hukum
Allah. Dan gembirakanlah orang-orang
mukmin itu." [QS.At-Taubah:111-112]

Ayat ini turun berkenaan dengan
peristiwa "Bai'atul Aqabah" dan
hukumnya
adalah umum berlaku atas setiap
orang-orang mukmin yg berjihad di jalan
Allah hingga hari akhir.

Bayangkan oleh ikhwah sekalian...
Sungguh betapa mulianya Allah!
Jiwa kita--> Dialah penciptanya
Harta yg kita miliki-->Dialah
pemberinya,kemudian Dia hibahkan kpd
kita, lalu Dia membelinya dari kita
dengan harga yg sedemikian mahal.
Sungguh, ini adalah sebuah transaksi
dengan keuntungan yang nyata.

Mahukah Ikhwah sekalian berniaga denga
Allah....???

Wallahu'alam bishawab.

100 Perkara Ke Arah Kesempurnaan Iman

Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa menghadap Allah (meninggal dunia), sedangkan ia biasa melalaikan Shalatnya, maka Allah tidak mempedulikan sedikit-pun perbuatan baiknya (yang telah ia kerjakan tsb)".
(Hadist Riwayat Tabrani)
100 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman
1. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
2. Sabar apabila mendapat kesulitan;
3. Tawakal apabila sudah melaksanakannya;
4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
8. Jangan dengki dengan kekayaan orang;
9. Jangan hasud dan iri atas kejayaan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu taksub akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur kerana kezaliman;
14. Jangan goyah kerana fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri;
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti perasaan ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan shalat fardhu di awal waktu,berjamaah dan di masjid;
25. Biasakan shalat malam;
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30.Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syetan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Bersihkan harta dari hak-hak orang lain;
42. Berlakulah adil dalam segala urusan;
43. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
44. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
45. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
46. Perbanyaklah & menyambung silaturahmi;
47. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
48. Bicaralah secukupnya, jangan berbicara dengan berteriak;
49. Berkahwin kalau sudah siap segala-galanya;
50. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
51. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
52. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin;
53. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
54. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
55. Hormatilah kepada guru dan ulama;
56. Sering-sering bershalawat kepada nabi;
57. Cintailah keluarga Nabi Muhammad SAW;
58. Jangan terlalu banyak hutang ataupun royal;
59. Jangan terlampau mudah berjanji;
60. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
61. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang
tidak bermanfaat seperti bersembang yang tidak berguna;
62. Bergaullah dengan orang-orang soleh;
63. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
64. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
65. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
66. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi, balaslah dengan kebaikan;
67. Jangan membenci seseorang kerana salah faham dan pendirian ataupun berbeza pendapat;
68. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
69. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuai pilihan;
70. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan;
71. Jangan melukai hati orang lain;
72. Jangan membiasakan berkata dusta;
73. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
74. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
75. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
76. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita;
77. Jangan membuka aib orang lain ataupun berburuk sangka;
78. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang
yang lebih berprestasi dari kita;
79. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
80. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
81. Jangan gusar kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya;
82. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara;
83. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
84. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
85. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
86. Hargai prestasi dan pemberian orang;
87. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan;
88. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan;
89. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kesihatan diri;
90. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisik
atau mental kita menjadi terganggu;
91. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
92. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
93. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu, dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
94. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita, sebelum dicek
kebenarannya;
95. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
96. Sambutlah uluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
97. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang di luar kemampuan diri;
98. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan.Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
99. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;
100. Jangan bahagia di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang;

Nampak mudah, tp kita selalu buat perkara yang tak sepatutnya...
Semoga kita sama-sama mengambil iktibar dan berubah menjadi insan yang sempurna iman...