Saturday, January 2, 2010

4 Golongan Lelaki Ditarik Wanita ke Dalam Neraka

4 GOLONGAN LELAKI DITARIK WANITA KE NERAKA

Seseorang wanita itu apabila di hari akhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikal ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang dipikul !!

1. Ayahnya apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah adik-adik akan jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ,maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

7 JENIS WAJAH MAYAT DALAM KUBUR

7 JENIS WAJAH MAYAT DALAM KUBUR

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

5 wasiat dari Allah kepada Rasulullah s.a.w

5 wasiat dari Allah kepada Rasulullah s.a.w

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya
diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T
telah memberikan lima wasiat, antaranya :

Janganlah engkau gantungkan hatimu
kepada dunia kerana sesungguhnya Aku
tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.

Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat
kembalimu adalah kepada-Ku.

Bersungguh-sungguhlah engkau mencari
syurga.

Putuskan harapan dari makhluk kerana
sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak
ada kuasa di tangan mereka.

Rajinlah mengerjakan sembahyang
tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan
itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang
kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya
tahu mereka itu adalah wakil guru
tariqat. Saya berkata kepada mereka,
berikanlah nasihat yang berguna kepada

saya, yang akan membuat saya takut
kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata,
"Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara,
iaitu :

Orang yang banyak bicaranya janganlah
kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

Orang yang banyak makan janganlah kamu
harapkan sangat kata-kata himat darinya.

Orang yang banyak bergaul dengan
manusia janganlah kamu harapkan sangat
kemanisan ibadahnya.

Orang yang cinta kepada dunia
janganlah kamu harapkan sangat khusnul
khatimahnya.

Orang yang bodoh janganlah kamu
harapkan sangat akan hidup hatinya.

Orang yang memilih berkawan dengan
orang yang zalim janganlah kamu harapkan
sangat kelurusan agamanya.

Orang yang mencari keredhaan manusia
janganlah harapkan sangat akan keredhaan
Allah daripadanya."

4 Perkara sebelum tidur

4 PERKARA SEBELUM TIDUR

( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra: "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, yaitu:

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

Bertanya Aisyah: "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda: "Jika engkau tidur bacalah: Al Ikhlas
tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami
semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Sekian untuk ingatan kita bersama.

* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang
lain.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

5 kunci untuk dapat bantuan ALLAH

5 kunci untuk dapat bantuan ALLAH
Salam sejahtera buat anda semua. Semuga segala urusan dan hajat anda semua beroleh kejayaan, dan juga diberkatiNYA. InsyaAllah.
Bersama ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat dengan anda semua mengenai mendapatkan bantuan Allah bagi menyelesaikan permasalaahan kita disamping mendapat ganjaran dan manafaat dari amalan tersebut. Moga ada manafaatnya untuk kita semua. Antaranya seperti berikut :

Ada banyak persoalan yang melingkari kehidupan kita, baik masaalah peribadi, keluarga, kerja atau lebih besar daripada itu. Seiring dengan masaalah yang dihadapi, banyak pula cara boleh kita lakukan untuk meyelesaikannya. Kita boleh mengatasinya menerusi kecerdasan akal, kemampuan fizikal, harta kekayaan, perhubungan atau apa sahaja. Namun bagi saya sendiri, tidak ada yang paling ampuh selain meminta pertolongan Allah SWT sambil berusaha.
Mengapa pertolongan Allah? tidak ada satu masaalah pun terjadi kecuali atas izin Allah. Semuanya ada dalam genggaman Allah. Dalam keadaan demikian, alangkah mudahnya jika Allah membuka jalan kemudahan bagi sesiapa yang ditimpa masaalah. Disebabkan itu, masaalah terbesar dalam hidup adalah ketika kita tidak mendapat pertolongan Allah.
Seberat mana persoalan akan menjadi ringan bila dibantu Allah. Soalnya, bagaimana agar kita ditolong Allah? Jawapannya ada didalam Al Quran, Surah Thalaaq, Ayat 2 dan 3, yang bermaksud :
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya dia akan menyediakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah menentukan setiap sesuatu.”
Jadi, kunci pembuka bantuan Allah ada di dalam ketaqwaan kita. Semakin taqwa kita, semakin terbuka lebar pintu pertolongan Allah. Sebaliknya, semakin ingkar kita, semakin tertutup rapat pintu pertolongan Allah.
Pertama - Mencintai Masjid
Masjid adalah rumah Allah yang ada di bumi. Pertolongan Allah akan datang kepada sesiapa pun yang cinta dan gemar memakmurkan masjid.
Kedua - Solat Tahajjud
Sepertiga malam terakhir adalah waktu yang sangat dicintai Allah. Sangat rugi yang mensia siakan waktu sepertiga malam terakhir sebab ia telah mensia siakan datangnya pertolongan Allah.
Ketiga - Rajin Bersedekah
Amalan ini sungguh luar biasa. Dengan bersedekah, rezeki, urusan menjadi mudah, kita pun terhindar daripada musibah. Jaminan daripada Allah demikian pasti kepada ahli sedekah.
Keempat - Bantu Orang Lain
Sesungguhnya Allah akan menolong orang yang gemar membantu saudaranya dan permudahkan urusan orang lain, nescaya Alah akan permudahkan urusan kita.
Kelima - Banyak Berselawat
Berselawat kepada Rasulullah SAW adalah amalan yang terpuji. Cinta akan Rasul dan bila Allah sudah cinta, pertolongannya akan terbuka bagi kita
[oleh : Ustaz Aziz - buletin alam suri bil 1/2007 - jabatan mineral & galian]

Friday, January 1, 2010

10 Penyakit Lidah

10 Penyakit Lidah patut diJAUHI - Imam Ghazali

1. Cakap atau bicara yang tidak perlu.

2. Banyak berbual kosong.

3. Berbual cabul tentang kemaksiatan.

4. Bertengkar, bertegang-urat sehingga tidak mahu kalah.

5. Membantah kata orang lain/lawan dengan bernafsu.

6. Mengutuk dan melaknat orang.

7. Mengejek.

8. Berjanji palsu, tidak menepati janji.

9. Mengumpat, membicarakan aib atau kekurangan orang lain.

10. Mengadu domba, menyebarkan fitnah.

Sumber: “Wasiat Rasulullah s.a.w kepada Ali r.a.” oleh H.Abubakar Yaqub

Doa seorang isteri

TAJUK: DOA SEORANG ISTERI

Ya Allah
Sekiranya dia adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya dia adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti
perasaannya
Sekiranya dia adalah jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi
segala kerenah dan ragamnya
Sekiranya dia ditakdirkan bukan untuk diriku
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku
harungi segala dugaan Mu
Ya Allah, Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
JADIKANLAH AKU ISTERI YG DISENANGI SUAMI
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
AMIN

Allah knows what's best for us
So, why should we complain?
We always want the sunshine
But He knows there must be rain
We always want the laughter & the merriment of cheer
But our heart will lose their tenderness
If we never shed the tear
Allah test us often
With suffering and with sorrow
He test us not to punish us
But to help us meet tomorrow
And for every pain He gives to us
Provided we are patient
Is followed by rich gain
So, wherever we feel that everything is
GOING WRONG...It is Allah's way to make our spirit strong

Tuhan, yang mengetahui yang terbaik, akan memberi kesusahan dan kadang melukai hati, supaya hikmat-Nya bisa tertanam dalam. Jika kita kehilangan cinta, maka pasti ada alasan yang kadang sulit untuk dimengerti, namun kita tetap harus percaya bahwa ketika Ia mengambil sesuatu, Ia telah siap memberi yang lebih baik.